Faktor penentu kesejahteraan ekonomi subjektif dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, Malaysia

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) - Menangani Kos Sara Hidup Rakyat (NKRA-COL) telah diperkenalkan pada bulan Julai 2011 oleh pihak kerajaan sebagai respon kepada kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kenaikan kos sara hidup. Kesejahteraan ekonomi perlu diberikan perhatian yang s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Ghani, Mohd Haziman
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77684/1/FEM%202019%208%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.77684
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Sabri, Mohamad Fazli
topic Well-being - Economic aspects - Malaysia
Civil service - Malaysia

spellingShingle Well-being - Economic aspects - Malaysia
Civil service - Malaysia

Ab Ghani, Mohd Haziman
Faktor penentu kesejahteraan ekonomi subjektif dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, Malaysia
description Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) - Menangani Kos Sara Hidup Rakyat (NKRA-COL) telah diperkenalkan pada bulan Julai 2011 oleh pihak kerajaan sebagai respon kepada kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kenaikan kos sara hidup. Kesejahteraan ekonomi perlu diberikan perhatian yang serius kerana tekanan ekonomi boleh menyumbang kepada ketidakharmonian dalam institusi kekeluargaan dan mencetuskan isu sosial. Lebih memburukkan keadaan, tekanan ini juga mampu menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan di tempat kerja. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan ekonomi subjektif dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Kajian tinjauan berbentuk deskriptif ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sebanyak lima buah kementerian di Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi kajian menerusi kaedah persampelan sistematik. Sebanyak 500 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang merupakan penjawat awam yang menyandang gred jawatan 54 dan ke bawah. Item soal selidik kajian ini diadaptasi daripada beberapa kajian lepas dan diolah mengikut kesesuaian kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis ujian-t, ujian ANOVA sehala, ujian korelasi Pearson dan ujian regresi pelbagai. Kajian mendapati lebih 40.5% responden mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM4,000 manakala daripada sudut pendapatan isi rumah pula, pendapatan antara RM3,001 hingga RM6,000 mencatatkan kumpulan pendapatan tertinggi iaitu 35.4%. Analisis deskriptif menunjukkan responden memiliki tahap kesejahteraan ekonomi subjektif pada tahap yang sederhana. Dalam pada itu, tahap kepuasan terhadap pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan pemilikan harta juga dilaporkan pada tahap sederhana. Namun begitu, analisis terhadap perlakuan berekonomi responden berada pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan antara kepuasan pendapatan, kepuasan perbelanjaan, kepuasan simpanan, kepuasan pemilikan harta dengan kesejahteraan ekonomi subjektif. Ini bermakna, semakin tinggi tahap kepuasan terhadap pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan pemilikan harta, semakin tinggi tahap kesejahteraan ekonomi subjektif. Namun begitu, analisis mendapati terdapat hubungan yang negatif antara perlakuan berekonomi dengan kesejahteraan ekonomi subjektif. Keputusan analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa kesemua pemboleh ubah dapat menjelaskan sebanyak 54.1% varian bagi kesejahteraan ekonomi subjektif. Ini bermakna perubahan sebanyak 54.1% varian di dalam model kesejahteraan ekonomi subjektif dapat diterangkan melalui perubahan dalam kombinasi pemboleh ubah iaitu faktor sosiodemografi (umur & pendapatan bulanan isi rumah), pendapatan, perbelanjaan, simpanan, pemilikan harta dan perlakuan berekonomi. Secara keseluruhan, kepuasan terhadap pendapatan adalah faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan ekonomi subjektif. Bagi meningkatkan tahap kesejahteraan ekonomi dalam kalangan penjawat awam, penetapan gaji penjawat awam terutamanya bagi kumpulan pelaksana sewajarnya disemak semula selaras dengan iklim ekonomi semasa di Malaysia yang berdepan dengan isu kenaikan kos sara hidup. Pada masa yang sama, kesedaran dalam diri setiap penjawat awam perlu ada terutamanya berkaitan dengan pengurusan kewangan dan pengurusan sumber ekonomi keluarga bagi meningkatan tahap kepuasan terhadap pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan pemilikan harta yang kesemuanya berada pada tahap sederhana ke suatu tahap yang lebih baik. Pada masa yang sama, amalan perlakuan berekonomi harus sentiasa diamalkan oleh semua memandangkan amalan ini terbukti dapat mempengaruhi kesejahteraan ekonomi isi rumah.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Ab Ghani, Mohd Haziman
author_facet Ab Ghani, Mohd Haziman
author_sort Ab Ghani, Mohd Haziman
title Faktor penentu kesejahteraan ekonomi subjektif dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, Malaysia
title_short Faktor penentu kesejahteraan ekonomi subjektif dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, Malaysia
title_full Faktor penentu kesejahteraan ekonomi subjektif dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, Malaysia
title_fullStr Faktor penentu kesejahteraan ekonomi subjektif dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, Malaysia
title_full_unstemmed Faktor penentu kesejahteraan ekonomi subjektif dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, Malaysia
title_sort faktor penentu kesejahteraan ekonomi subjektif dalam kalangan penjawat awam di putrajaya, malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2019
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77684/1/FEM%202019%208%20ir.pdf
_version_ 1747813250962030592
spelling my-upm-ir.776842022-01-25T02:45:55Z Faktor penentu kesejahteraan ekonomi subjektif dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, Malaysia 2019-03 Ab Ghani, Mohd Haziman Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) - Menangani Kos Sara Hidup Rakyat (NKRA-COL) telah diperkenalkan pada bulan Julai 2011 oleh pihak kerajaan sebagai respon kepada kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kenaikan kos sara hidup. Kesejahteraan ekonomi perlu diberikan perhatian yang serius kerana tekanan ekonomi boleh menyumbang kepada ketidakharmonian dalam institusi kekeluargaan dan mencetuskan isu sosial. Lebih memburukkan keadaan, tekanan ini juga mampu menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan di tempat kerja. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan ekonomi subjektif dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Kajian tinjauan berbentuk deskriptif ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sebanyak lima buah kementerian di Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi kajian menerusi kaedah persampelan sistematik. Sebanyak 500 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang merupakan penjawat awam yang menyandang gred jawatan 54 dan ke bawah. Item soal selidik kajian ini diadaptasi daripada beberapa kajian lepas dan diolah mengikut kesesuaian kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis ujian-t, ujian ANOVA sehala, ujian korelasi Pearson dan ujian regresi pelbagai. Kajian mendapati lebih 40.5% responden mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM4,000 manakala daripada sudut pendapatan isi rumah pula, pendapatan antara RM3,001 hingga RM6,000 mencatatkan kumpulan pendapatan tertinggi iaitu 35.4%. Analisis deskriptif menunjukkan responden memiliki tahap kesejahteraan ekonomi subjektif pada tahap yang sederhana. Dalam pada itu, tahap kepuasan terhadap pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan pemilikan harta juga dilaporkan pada tahap sederhana. Namun begitu, analisis terhadap perlakuan berekonomi responden berada pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan antara kepuasan pendapatan, kepuasan perbelanjaan, kepuasan simpanan, kepuasan pemilikan harta dengan kesejahteraan ekonomi subjektif. Ini bermakna, semakin tinggi tahap kepuasan terhadap pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan pemilikan harta, semakin tinggi tahap kesejahteraan ekonomi subjektif. Namun begitu, analisis mendapati terdapat hubungan yang negatif antara perlakuan berekonomi dengan kesejahteraan ekonomi subjektif. Keputusan analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa kesemua pemboleh ubah dapat menjelaskan sebanyak 54.1% varian bagi kesejahteraan ekonomi subjektif. Ini bermakna perubahan sebanyak 54.1% varian di dalam model kesejahteraan ekonomi subjektif dapat diterangkan melalui perubahan dalam kombinasi pemboleh ubah iaitu faktor sosiodemografi (umur & pendapatan bulanan isi rumah), pendapatan, perbelanjaan, simpanan, pemilikan harta dan perlakuan berekonomi. Secara keseluruhan, kepuasan terhadap pendapatan adalah faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan ekonomi subjektif. Bagi meningkatkan tahap kesejahteraan ekonomi dalam kalangan penjawat awam, penetapan gaji penjawat awam terutamanya bagi kumpulan pelaksana sewajarnya disemak semula selaras dengan iklim ekonomi semasa di Malaysia yang berdepan dengan isu kenaikan kos sara hidup. Pada masa yang sama, kesedaran dalam diri setiap penjawat awam perlu ada terutamanya berkaitan dengan pengurusan kewangan dan pengurusan sumber ekonomi keluarga bagi meningkatan tahap kepuasan terhadap pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan pemilikan harta yang kesemuanya berada pada tahap sederhana ke suatu tahap yang lebih baik. Pada masa yang sama, amalan perlakuan berekonomi harus sentiasa diamalkan oleh semua memandangkan amalan ini terbukti dapat mempengaruhi kesejahteraan ekonomi isi rumah. Well-being - Economic aspects - Malaysia Civil service - Malaysia 2019-03 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77684/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77684/1/FEM%202019%208%20ir.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Well-being - Economic aspects - Malaysia Civil service - Malaysia Sabri, Mohamad Fazli