Satu Kajian Perbandingan Ekonomi di Antara Pekebun Kecil Tanam Semula Berkelompok dengan Pekebun Kecil Persendirian
Pandangan umum mengatakan bahawa mengusahakan tanaman getah secara berkelompok boleh memperbaiki ekonomi serta sosial di kalangan para pekebun kecil di negara ini. Walau bagaimanapun' belum ada kajian dilakUkan untuk menyokong pendapat ini. Oleh sebab itu kajian ini dilakukan bertujuan unt...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1989
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8019/1/FEP_1989_1_.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pandangan umum mengatakan bahawa mengusahakan tanaman
getah secara berkelompok boleh memperbaiki ekonomi serta sosial
di kalangan para pekebun kecil di negara ini. Walau
bagaimanapun' belum ada kajian dilakUkan untuk menyokong
pendapat ini. Oleh sebab itu kajian ini dilakukan bertujuan
untuk membuat perbandingan ekonomi di antara pekebun kecil
getah yang menyertai projek Tanam Semula Berkelompok dengan
pekebun kecil yang mengusahakan tanaman mereka secara
persendirian. Dengan mengutamakan analisis faktor, kajian ini telah
menunjukkan bahawa pekebun keeil getah yang menyertai projek
Tanam Semula Berkelompok mempunyai paras pengurusan yang lebih
baik berbanding dengan paras pengurusan pekebun kecil
persendirian. Paras pengurusan yang lebih baik ini berpunea
daripada program serta aktiviti yang telah dilaksanakan oleh
ejen-ejen pengernbangan RISDA terhadap pekebun kecil
berkelompok.
Jika dilihat dari segi kecekapan teknikal secara relatif ,
didapati pekebun yang rnenyertai projek Tanam Semula Berkelompok
mernpunyai kecekapan teknikal relatif yang lebih berbanding
dengan pekerun kecil persendirian. Oleh sebab itu, dengan
menggunakan input yang sama, pekebun kecil berkelompok telah
rnemperolehi hasil pengeluaran lebih tinggi berbanding dengan
pekebun kecil persendirian.
Pada keseluruhannya pekebun persendirian telah dapat
rnenggunakan sumber baja dengan cekap tetapi sumber buruh tidak
digunakan dengan cekap. Walau bagaimanapun kecekapan penggunaan
sumber bagi pekebun kecil berkelompok tidak dapat dikira kerana
variasi input yang digunakan di kalangan pekebun kecil
berkelompok adalah terlalu kecil kerana mereka menerima khidmat
nasihat yang sama diberikan oleh RISDA.
Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa pekebun kecil
berkelompok telah menerima harga getah yang lebih tinggi daripada pekebun kecil persendirian. Keadaan ini disebabkan
mereka mempunyai paras pengurusan yang lebih baik daripada
pekebun kecil persendirian. Dengan pengurusan yang baik mereka
telah dapat menghasilkan mutu getah keping yang baik dan
seterusnya memperolehi harga yang berpatutan. |
---|