Perkaitan Antara Penggunaan Sumber Keluarga Dengan Keupayaan Mental Dikalangan Kanak-Kanak India di Bandar dan di Estet
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti sumber-sumber yang terdapat pada keluarga India di bandar dan di estet di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Objektif khusus pula ialah a) untuk mengkaji prestasi tahap kecerdasan mental, b) untuk mengenal pasti sumber-sumber yang ada pada keluarg...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1992
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8194/1/FEM_1992_1_A.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti sumber-sumber yang terdapat pada keluarga India di
bandar dan di estet di Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Objektif khusus pula ialah a) untuk mengkaji prestasi
tahap kecerdasan mental, b) untuk mengenal pasti sumber-sumber
yang ada pada keluarga, c) untuk menganalisis
perkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan
mental dan d) untuk meninjau pola interaksi ibu-anak
sebagai input dalam keupayaan mental anak. Data di kumpul dengan menggunakan kaedah
kuantitatif dan kualitatif keatas 60 keluarga
manakala pemerhatian dijalankan keatas 10 buah
keluarga. Sumber-sumber keluarga dilihat dari segi sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat dalam persekitaran keluarga yang mempunyai perkaitan dengan
keupayaan mental anak.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa lokasi (r=
-.5203, P <0.05) menjadi penyumbang yang kuat terhadap
keupayaan mental. Melalui pemerhatian pula, didapati
bahawa ibu yang mengamalkan pola interaksi bercorak
positif mempunyai anak yang mencapai skor ujian WISC
yang tinggi.
Kesimpulannya, di dapati profail anak responden
yang berjaya mempunyai keupayaan mental yang tinggi
terdiri daripada mereka yang mendapat penglibatan
daripada ibubapa. Penglibatan secara langsung adalah
dari segi masa yang diluangkan bersama anak dalam
aktiviti pendidikan anak manakala penglibatan secara
tidak langsung ialah kesanggupan ibubapa membelanjakan
wang untuk menyediakan bahan-bahan rangsangan untuk
meningkatkan tahap keupayaan mental ke tahap optimum. |
---|