Pola Diet dan Taraf Pemakanan Kanak-Kanak Prasekolah Iban di Julau, Sarawak

Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti pola diet dan menilai taraf pemakanan kanak-kanak pra sekolah Iban dan menentukan perkaitannya seramai 119 kanak-kanak prasekolah berumur melebihi setahun hingga lima tahun daripada 10 buah rumah panjang di Julau, Sarawak, telah di pilih menggunakan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Musa, Zaliha
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1993
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8196/1/FEM_1993_1_A.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti pola diet dan menilai taraf pemakanan kanak-kanak pra sekolah Iban dan menentukan perkaitannya seramai 119 kanak-kanak prasekolah berumur melebihi setahun hingga lima tahun daripada 10 buah rumah panjang di Julau, Sarawak, telah di pilih menggunakan persampelan rawak berlapis. Dengan menggunakan kaedah ingatan diet 24 jam yang lalu, di dapati pengambilan semua nutrien adalah kurang daripada RDA (Recommended Dietary Allowances) Malaysia, kecuali protein. Diet mereka juga kurang dari segi kepelbagaian, khususnya makanan sumber kalori. Makanan sumber protein, vitamin dan mineral mula di perkenalkan pada purata umur 11 bulan manakala sumber kalori di perkenalkan pada purata umur 13 bulan, Sejarah pemakanan menunjukkan 86.6% kanak-kanak pernah menerima susu ibu. Berasaskan ukuran antropometri dan menggunakan rujukan "National Centre for Health Statistics" (NCHS) sebagai piawai, didapati 44.5% kanak-kanak kurang berat badan, 42% terbantut dan 9.3% tersusut. Perkaitan positif dan signifikan didapati di antara pendidikan ibu bapa, pendapatan isirumah, perbelanjaan makanan, saiz isirumah dan bilangan ahli perempuan di dalam isi rumah, dengan pola diet kanak-kanak. Umur, kebolehan membaca dan menulis, pekerjaan ibu bapa, serta faktor-faktor tersebut diatas, kecuali saiz isi rumah, bilangan ahli perempuan serta pendidikan bapa, mempunyai perkaitan positif dan signifikan dengan taraf pemakanan kanak-kanak. Hasil dan tempoh simpanan padi bukit serta bilangan ayam di pelihara, juga mempunyai perkaitan positif dan signifikan dengan pola diet kanak-kanak.