Persepsi Nelayan Melayu Terhadap Program Perikanan Laut dalam: Satu Kajian Kes di Mersing, Johor Darul Takzim
Tumpuan kajian ialah mengenai persepsi terhadap perikanan laut dalam (PLD) di kalangan nelayan Melayu di Mersing, Johor. Objektif umum kajian ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor terpilih yang menentukan persepsi mereka. Objektif khusus kajian ialah untuk melihat samaada wujud pertalian anta...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1994
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8201/1/FEM_1994_1_A.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tumpuan kajian ialah mengenai persepsi terhadap perikanan laut
dalam (PLD) di kalangan nelayan Melayu di Mersing, Johor. Objektif
umum kajian ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor terpilih yang
menentukan persepsi mereka. Objektif khusus kajian ialah untuk melihat
samaada wujud pertalian antara 15 pembolehubah bebas iaitu umur,
pendidikan, bilangan tanggungan, pengalaman kerja, kemahiran kerja,
keahlian dalam persatuan, pendapatan perikanan, keupayaan bot, jarak
operasi, tempoh operasi, ganjaran kerja, kemudahan Kerajaan,
pengalaman buruk di laut, ketakutan di laut dan ikatan sosial dengan
pembolehubah sandar iaitu persepsi mereka terhadap PLD.
Kaedah statistik yang digunakan dalam analisis ialah korelasi
Pearson 'r' dan regresi berganda. Kekerapan, peratusan dan tabulasi
silang digunakan bagi tujuan deskriptif ke atas latar belakang responden
dan situasi luaran yang terlibat.
Analisis korelasi menunjukkan bahawa enam daripada 15
pembolehubah bebas mempunyai pertalian bererti dengan persepsi
terhadap PLD. Lima dari padanya iaitu umur, pengalaman kerja,
kemahiran kerja, ganjaran kerja dan penerimaan kemudahan Kera jaan
mempunyai pertalian positif dengan persepsi terhadap PLD. Satu
pembolehubah lain iaitu ikatan sosial pula menun jukkan pertalian yang
negatif. Analisis regresi menun jukkan bahawa hanya lima pembolehubah
bebas penting bagi menentukan persepsi terhadap PLD. Antara lima
pembolehubah tersebut, jarak operasi merupakan yang terpenting dan
diikuti oleh ikatan sosial, umur, ganjaran kerja dan keupayaan bot.
Secara keseluruhannya, persepsi responden terhadap kerjaya PLD
adalah menggalakkan. Lebih kurang satu pertiga daripada mereka
berminat untuk menyertai atau kekal dalam kerjaya tersebut. Kurang
satu perempat pula tidak berminat langsung dan kurang berminat
menyertainya. Hampir separuh pula tidak dapat membuat pilihan. Faktor
latar belakang diri yang terpenting yang menentukan persepsi mereka
adalah jarak operasi, umur dan keupayaan bot. Faktor situasi luaran
terpenting pula adalah ikatan sosial dan ganjaran kerja. |
---|