Pencarian Maklumat dan Iklim Komunikasi di Kalangan Pekerja Pengembangan Barisan Hadapan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui jangkamasa pencarian maklumat dan iklim komunikasi di kalangan peketja pengembangan barisan hadapan (pPBH) MADA. Pengukuran iklim komunikasi menggunakan tiga penunjuk iaitu (1) penglibatan PPBH dalam membuat keputusan bersama pengurus dan pegawai pengembangan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1997
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8212/1/FEM_1997_10_A.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengetahui jangkamasa pencarian maklumat dan
iklim komunikasi di kalangan peketja pengembangan barisan hadapan (pPBH) MADA.
Pengukuran iklim komunikasi menggunakan tiga penunjuk iaitu (1) penglibatan PPBH
dalam membuat keputusan bersama pengurus dan pegawai pengembangan agensi lain
(PPAL), (2) peranan PPBH sebagai pemimpin pendapat di kalangan rakan setugas dan
peladang; dan (3) komunikasi menyokong di antara PPBH dengan sumber maklumat
Kajian ini juga betujuan untuk melihat perkaitan di antara jangkamasa mencari maklumat
dengan penglibatan membuat keputusan dan peranan sebagai pemimpin pendapat; dan
perkaitan di antara jangkamasa menghubungi sumber maklumat yang terdiri dari
pengurus, PPAL, rakan setugas dan peladang dengan komunikasi menyokong PPBH
bersama sumber tersebut.
Kesemua PPBH iaitu seramai 81 orang telah dikenalpasti sebagai responden
tetapi kadar respons adalah 89 peratus.Analisis dilakukan berdasarkan respons ini iaitu
seramai 72 orang responden. Responden diminta mencatatkan aktiviti pencarian
maklumat selama enam hari bagi mengukur jangkamasa mereka mencari pelbagai jenis
makiumat, menghubungi sumber dan penggunaan kaedah dan media. Responden juga
diminta mengisi sendiri borang soal selidik bagi tujuan mengukur iklim komunikasi
mereka dengan pengurus, rakan setugas, PPAL dan peladang. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan program SPSS (WIN) untuk mendapatkan peratus, purata dan
sisihan lazim. Korelasi Spearman digunakan untuk melihat perkaitan di antara
jangkamasa mencari maklumat dan jangkamasa menghubungi sumber dengan iklim
komunikasi.
Hasil kajian menunjukkan responden kurang mengutamakan aktiviti pencarian
maklumat berbanding dengan aktiviti lain. Walau bagaimanapun di antara maklumat yang
dicari, mereka lebih berminat mendapatkan maklumat pengeluaran berbanding dengan
maklumat mengekalkan hubungan dan innovasi. Pengawai MADA peladang dan rakan
setugas merupakan sumber maklumat utama kepada responden. Selain dari itu,
responden juga menggunakan kaedah bersemuka dalam masa yang panjang berbanding
penggunaan telefon dan bahan cetak untuk mendapatkan maklumat. Jangkamasa
responden mencari maklumat mempunyai kaitan yang positif dengan penglibatan mereka
dalam membuat keputusan bersama pengurus dan PPAL dan peranan mereka sebagai pemimpin pendapat di kalangan rakan setugas dan peladang. Jangkamasa menghubungi
sumber seperti pengurus, rakan setugas dan peladang mempunyai perkaitan yang postif
dengan komunikasi menyokong mereka bersama sumber tersebut. Sementara
jangkamasa responden menghubungi PPAL tidak mempunyai perkaitan yang bermakna
dengan komunikasi menyokong mereka bersama pegawai tersebut. |
---|