Penyelewengan Jamaah Dar al-Arqam dan Usaha Pemurniannya

Kajian ini secara objektif mengkaji bagaimana Jamaah Dar al-Arqam yang ditubuhkan oleh Ustaz Ashaari Muhammad melaksanakan fungsi dan memainkan peranannya sebagai sebuah gerakan yang berasaskan kepada konsep pendidikan Islam dan aktiviti-aktiviti dakwah dalam usaha mencetuskan perubahan sosial da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lawee, Donwana Taye @ Mohd Lazim
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
etc
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8218/1/FEM_1999_1%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.8218
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.82182023-12-18T08:21:05Z Penyelewengan Jamaah Dar al-Arqam dan Usaha Pemurniannya 1999-11 Lawee, Donwana Taye @ Mohd Lazim Kajian ini secara objektif mengkaji bagaimana Jamaah Dar al-Arqam yang ditubuhkan oleh Ustaz Ashaari Muhammad melaksanakan fungsi dan memainkan peranannya sebagai sebuah gerakan yang berasaskan kepada konsep pendidikan Islam dan aktiviti-aktiviti dakwah dalam usaha mencetuskan perubahan sosial dalam masyarakat Islam di Malaysia. Justeru itu, tumpuan dalam kajian ini telah diberikan kepada latar belakang, perkembangan, ideologi dan matlamat perjuangan serta sistem pendidikan dan dakwah yang diperjuangkan oleh al-Arqam. Tumpuan seterusnya, diberikan kepada sebab-sebab berlakunya penyelewengan Caqidah al-Arqam dan fenomena-fenomenanya serta usaha-usaha pemurnian caqidah bekas ahlinya yang dilaksanakan oleh pihak berwajib.Kaedah pengumpulan data menerusi perpustakaan dan temu bual serta pemerhatian langsung digunakan bagi mendapat maklumat untuk tujuan kajian ini. Maklumat juga diperolehi menerusi temu bual dengan beberapa infonnan pilihan yang dipercayai mempunyai maklumat mengenai tajuk kajian. Untuk mencapai objektif kajian, analisis data yang diperolehi dibuat menerusi tafsiran kualitatif atau huraian secara deskriptif, dengan berpandukan landasan kajian dan objektif kajian yang telah ditentukan. Isu yang dibincangkan ialah tentang pembentukan dan perkembangan Jamaah Dar al-Arqam. Di antaranya ialah corak dan sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam Jamaah al-Arqam, pendekatan dakwah yang dijalankan serta peduasan konsep pendidikan dan dakwahnya dalam membentuk sistem ekonomi, sistem kemasyarakatan dan mencetuskan corak atau dasar politiknya. Turut dibincangkan ialah beberapa masalah yang diperjuangkan oleh Ustaz Ashaari yang dianggap terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar, sebab-sebab dan gejala penyelewengan caqidahnya serta sebab-sebab pengharaman ke atas jamaahnya. Perbincangan seterusnya ialah meneliti perkembangan Jamaah Dar al-Arqam sesudah pengharaman, tennasuk tindakan bekas ahlinya menghidupkan semula jamaahnya yang telah diharamkan. Analisis kajian mengenai keberkesanan strategi dan program kursus pemurnian caqidah al-Arqam yang dijalankan oleh pihak berwajib dan kedudukan bekas ahlinya masa kini juga tumt dibincangkan.Hasil kajian mendapati, pertama, kecintaan kepada agama,· ketaksuban kepada jarnaah dan pemimpinnya serta kesediaan untuk berkorban di kalangan ahli membuatkan al-Arqam pada suatu ketika dahulu berjaya membentuk imej al-Arqam atau identitinya tersendiri. Kedua, keterlanjuran al-Arqam dalam beberapa masalah yang berkaitan dengan kepercayaan telah membawa kepada penyelewengan caqidahnya. Ketiga, kedudukan bekas ahli al-Arqam sesudah pengharaman jamaahnya pada 1994, didapati masih kukuh pegangan mereka terhadap Jamaah al-Arqam dan pemimpinnya, sehingga mereka bertindak menghidupkan semula jamaah itu pada pertengahan 1996. Keempat, program dan strategi pemurnian caqidah yang dilaksanakan oleh pihak berwajib, menerusi tindakannya menahan para pemimpin alArqam di bawah tahanan ISA menyekat aktiviti-aktivitinya, menutup perkampungan serta sekolah-sekolah milik mereka dan menganj urkan program kursus pemurnian caqidah, sedikit sebanyak telah berjaya memberi kesedaran kepada bekas ahlinya. Bagaimanapun kesedaran itu tidak berlaku kepada semua bekas ahlinya, sebaliknya bekas-bekas ahlinya kini masih wujud yang mempercayai dan mengamalkan Aurad Muhammadiah. Islam - Malaysia - Societies, etc Muslims - Malaysia - Societies, etc 1999-11 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8218/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8218/1/FEM_1999_1%20IR.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Islam - Malaysia - Societies, etc Muslims - Malaysia - Societies, etc Faculty of Human Ecology Emby, Zahid Malay
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
advisor Emby, Zahid
topic Islam - Malaysia - Societies
etc
Islam - Malaysia - Societies
etc

spellingShingle Islam - Malaysia - Societies
etc
Islam - Malaysia - Societies
etc

Lawee, Donwana Taye @ Mohd Lazim
Penyelewengan Jamaah Dar al-Arqam dan Usaha Pemurniannya
description Kajian ini secara objektif mengkaji bagaimana Jamaah Dar al-Arqam yang ditubuhkan oleh Ustaz Ashaari Muhammad melaksanakan fungsi dan memainkan peranannya sebagai sebuah gerakan yang berasaskan kepada konsep pendidikan Islam dan aktiviti-aktiviti dakwah dalam usaha mencetuskan perubahan sosial dalam masyarakat Islam di Malaysia. Justeru itu, tumpuan dalam kajian ini telah diberikan kepada latar belakang, perkembangan, ideologi dan matlamat perjuangan serta sistem pendidikan dan dakwah yang diperjuangkan oleh al-Arqam. Tumpuan seterusnya, diberikan kepada sebab-sebab berlakunya penyelewengan Caqidah al-Arqam dan fenomena-fenomenanya serta usaha-usaha pemurnian caqidah bekas ahlinya yang dilaksanakan oleh pihak berwajib.Kaedah pengumpulan data menerusi perpustakaan dan temu bual serta pemerhatian langsung digunakan bagi mendapat maklumat untuk tujuan kajian ini. Maklumat juga diperolehi menerusi temu bual dengan beberapa infonnan pilihan yang dipercayai mempunyai maklumat mengenai tajuk kajian. Untuk mencapai objektif kajian, analisis data yang diperolehi dibuat menerusi tafsiran kualitatif atau huraian secara deskriptif, dengan berpandukan landasan kajian dan objektif kajian yang telah ditentukan. Isu yang dibincangkan ialah tentang pembentukan dan perkembangan Jamaah Dar al-Arqam. Di antaranya ialah corak dan sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam Jamaah al-Arqam, pendekatan dakwah yang dijalankan serta peduasan konsep pendidikan dan dakwahnya dalam membentuk sistem ekonomi, sistem kemasyarakatan dan mencetuskan corak atau dasar politiknya. Turut dibincangkan ialah beberapa masalah yang diperjuangkan oleh Ustaz Ashaari yang dianggap terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar, sebab-sebab dan gejala penyelewengan caqidahnya serta sebab-sebab pengharaman ke atas jamaahnya. Perbincangan seterusnya ialah meneliti perkembangan Jamaah Dar al-Arqam sesudah pengharaman, tennasuk tindakan bekas ahlinya menghidupkan semula jamaahnya yang telah diharamkan. Analisis kajian mengenai keberkesanan strategi dan program kursus pemurnian caqidah al-Arqam yang dijalankan oleh pihak berwajib dan kedudukan bekas ahlinya masa kini juga tumt dibincangkan.Hasil kajian mendapati, pertama, kecintaan kepada agama,· ketaksuban kepada jarnaah dan pemimpinnya serta kesediaan untuk berkorban di kalangan ahli membuatkan al-Arqam pada suatu ketika dahulu berjaya membentuk imej al-Arqam atau identitinya tersendiri. Kedua, keterlanjuran al-Arqam dalam beberapa masalah yang berkaitan dengan kepercayaan telah membawa kepada penyelewengan caqidahnya. Ketiga, kedudukan bekas ahli al-Arqam sesudah pengharaman jamaahnya pada 1994, didapati masih kukuh pegangan mereka terhadap Jamaah al-Arqam dan pemimpinnya, sehingga mereka bertindak menghidupkan semula jamaah itu pada pertengahan 1996. Keempat, program dan strategi pemurnian caqidah yang dilaksanakan oleh pihak berwajib, menerusi tindakannya menahan para pemimpin alArqam di bawah tahanan ISA menyekat aktiviti-aktivitinya, menutup perkampungan serta sekolah-sekolah milik mereka dan menganj urkan program kursus pemurnian caqidah, sedikit sebanyak telah berjaya memberi kesedaran kepada bekas ahlinya. Bagaimanapun kesedaran itu tidak berlaku kepada semua bekas ahlinya, sebaliknya bekas-bekas ahlinya kini masih wujud yang mempercayai dan mengamalkan Aurad Muhammadiah.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Lawee, Donwana Taye @ Mohd Lazim
author_facet Lawee, Donwana Taye @ Mohd Lazim
author_sort Lawee, Donwana Taye @ Mohd Lazim
title Penyelewengan Jamaah Dar al-Arqam dan Usaha Pemurniannya
title_short Penyelewengan Jamaah Dar al-Arqam dan Usaha Pemurniannya
title_full Penyelewengan Jamaah Dar al-Arqam dan Usaha Pemurniannya
title_fullStr Penyelewengan Jamaah Dar al-Arqam dan Usaha Pemurniannya
title_full_unstemmed Penyelewengan Jamaah Dar al-Arqam dan Usaha Pemurniannya
title_sort penyelewengan jamaah dar al-arqam dan usaha pemurniannya
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Human Ecology
publishDate 1999
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8218/1/FEM_1999_1%20IR.pdf
_version_ 1794018728096038912