Internet sebagai media komunikasi dan pengiklanan yang baru
Internet adalah satu media komunikasi dan pengiklanan yang baru diperkenalkan, terutamanya di Malaysia. Walaupun majoriti rakyat Malaysia menggunakan Internet tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang membeli berangan atau perkhidmatan melalui Internet. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-f...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82917/1/t%20FEP%202001%201%20%281900118340%29.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Internet adalah satu media komunikasi dan pengiklanan yang baru diperkenalkan, terutamanya di Malaysia. Walaupun majoriti rakyat Malaysia menggunakan Internet tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang membeli berangan atau perkhidmatan melalui Internet. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang memberi kesan kepada pembelian sebenar melalui Internet. Dalam kajian ini faktor-faktor tersebut lebih dikenalpasti sebagai pembolehubah bebas. Pembolehubah-pembolehubah bebas yang digunakan di dalam kajian ini adalah sikap, persepsi dan pendapatan atau elaun manakala pembolehubah bersandar yang digunakan adalah pembelian sebenar melalui Internet. Di dalam kajian ini data primer diperoleh secara rawak. Chi-Square dan Korelasi Pearson dengan aras keertian 0.05 pula digunakan untuk menganalisa data tersebut. Menurut kajian ini didapati sikap dan persepsi mempunyai hubungan negatif terhadap pembelian sebenar manakala pendapatan atau elaun pula mempunyai hubungan positif. Sebenarmya kajian ini juga mengenalpasti faktor demografi pengguna Internet dan bukan pengguna Internet, pembeli dan bukan pembeli, pembeli yang membuat ulangan pembelian dan pembeli yang tidak membuat ulangan pembelian. |
---|