Pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di sebuah IPTA

Kajian ini membincangkan pertuturan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan persepsi pelajar asing terhadap pertuturan dalam bahasa Melayu dan faktor yang menyebabkan mereka kurang bertutur dalam bahasa Melayu. Objektif kajian ini juga untuk menghasil...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Saidin, Siti Nuur Roihan
格式: Thesis
語言:English
出版: 2015
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82944/1/FBMK%202015%20107%20ir.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini membincangkan pertuturan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan persepsi pelajar asing terhadap pertuturan dalam bahasa Melayu dan faktor yang menyebabkan mereka kurang bertutur dalam bahasa Melayu. Objektif kajian ini juga untuk menghasilkan buku panduan pertuturan mini dalarn bahasa Melayu. Kajian ini mengaplikasikan teori yang dipelopori oleh Stephen Krashen (1985), iaitu Teori Monitor. Seramai 108 orang pelajar asing telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Mereka merupakan pelajar asing yang mengambil subjek Bahasa Melayu Asas I (BBMI401) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kaedah dalam kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah tinjauan lapangan. Kaj ian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam penganalisisan data. Data bagi objektif pertama dan kedua diperoleh daripada borang soal selidik yang dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21. Seterusnya, data bagi memenuhi objektif ketiga pula diperoleh daripada hasil soal selidik dalarn objektif yang pertama dan kedua. Dapatan kajian mendapati persepsi pelajar asing terhadap pertuturan dalarn bahasa Melayu adalah positif. Namun begitu, pelajar asing didapati kurang bertutur dengan warga kampus di UPM. Selain itu, mereka juga kurang bertutur dalam bahasa Melayu di UPM. Dapatan kajian juga rnenunjukkan bahawa tiga faktor utama pelajar asing kurang bertutur dalarn bahasa Melayu ialah semua orang bertutur dalam bahasa Inggeris (68.5%), masih baru belajar bahasa Melayu (49.1%), dan kosa kata dalam bahasa Melayu adalah sedikit (26.9%). Seterusnya, keseluruhan dapatan kajian dimanfaatkan untuk menghasilkan buku panduan pertuturan mini dalarn bahasa Melayu khusus untuk pelajar asing yang sedang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing.