Analisis Model Keberkesanan Komunikasi Interpersonal Antara Pengetua dan Guru Sekolah Menengah Terkawal di Pantai Timur Malaysia

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka hubungan antara komunikasi kepimpinan pengetua dan esteem kendiri guru dengan keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Permasalahan kajian ini difokuskan kepada tiga persoalan utama iaitu: (1) Adakah komunikasi kepimpinan pengetua mempunyai hubungan pos...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Mohd Amin, Wan Abd Aziz
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8317/1/FEP_2002_15_IR..pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka hubungan antara komunikasi kepimpinan pengetua dan esteem kendiri guru dengan keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Permasalahan kajian ini difokuskan kepada tiga persoalan utama iaitu: (1) Adakah komunikasi kepimpinan pengetua mempunyai hubungan positif terhadap esteem kendiri guru? (2) Adakah esteem kendiri guru mempunyai hubungan positif terhadap keberkesanan komunikasi interpersonal guru? (3) Adakah komunikasi kepimpinan, esteem kendiri dan faktor peramal menunjukkan pengaruh terhadap keberkesanan komunikasi interpersonal guru? Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan melibatkan pengujian lapan hipotesis utama. Data-data di perolehi melalui kajian soalselidik yang dilakukan terhadap 121 responden iaitu terdiri daripada guru-guru yang bertugas di sekolah menengah terkawal kawasan bandar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Responden tersebut dipilih daripada enam buah sekolah berdasarkan persampelan purposive yang dibuat ke atas 16 buah sekolah menengah terkawal kawasan bandar di Pantai Timur. Pemilihan 121 responden dibuat dengan menggu nakan persampelan rawak kluster mengikut jantina yang mewakili 30% daripada jumlah populasi. Responden diminta memberi persepsi terhadap komunikasi kepimpinan di seko/ah dengan menjawab seju m/ah 87 item soalan yang berasaskan kepada lima variabel utama kajian iaitu kepimpinan merintis struktur, kepimpinan pertimbangan, orientasi komunikasi, esteem kendiri dan keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Semua data yang diperolehi dianalisiskan menggunakan program SPSS versi 9.0 dengan menggunakan analisis statistik deskriptif, korelasi Pearson, korelasi partial, regresi berganda dan path analysis. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif di antara komunikasi kepimpinan pengetua dengan peningkatan esteem kendiri guru dan seterusnya wujud pula hubungan yang positif dengan keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Dapatan juga menunjukkan komunikasi kepimpinan, esteem kendiri dan faktor peramal mempengaruhi keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Hasil dapatan ini memberi gambaran bahawa amalan komunikasi kepimpinan yang berasaskan kepada kepimpinan merintis struktur, kepimpinan pertimbangan, orientasi komunikasi terbuka terbukti dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Oleh itu stail komunikasi kepimpinan yang dapat menjanakan kesejahteraan diri di tempat kerja ini perlu disebarkan dan diterapkan dalam diri pemimpin dengan harapan supaya kualiti sesebuah organisasi itu dapat dipertingkatkan