Nilai budaya Tamil dalam antologi cerpen Puccaram dan Agrinai Vaarisu

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menghuraikan nilai budaya Tamil dalam antologi cerpen ‘Puucharam’ dan ‘Aḥṟiṇai Vāricu’ terbitan ‘Nenjaarntha Tamil Pagirvu’. Kurangnya tabiat dan minat membaca cerpen yang memaparkan nilai budaya Tamil telah mengakibatkan pengabaian dan kepupusan amalan nilai-nil...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Pormalu @ Perumal, Saraswathy
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83325/1/FBMK%202019%2035%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk menghuraikan nilai budaya Tamil dalam antologi cerpen ‘Puucharam’ dan ‘Aḥṟiṇai Vāricu’ terbitan ‘Nenjaarntha Tamil Pagirvu’. Kurangnya tabiat dan minat membaca cerpen yang memaparkan nilai budaya Tamil telah mengakibatkan pengabaian dan kepupusan amalan nilai-nilai ini dalam kalangan masyarakat Tamil Malaysia serta menyumbang kepada kehilangan identiti masyarakat Tamil di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti dan menjelaskan NNBT (Nilai-Nilai Budaya Tamil) dalam antologi cerpen ‘Puucharam’ dan ‘Aḥṟiṇai Vāricu’ terbitan ‘Nenjaarntha Tamil Pagirvu’, Akhir sekali kajian ini akan merumuskan implikasi daripada pemaparan nilai-nilai budaya Tamil dalam antologi cerpen tersebut. Penyelidik berfokus kepada satu nilai budaya sahaja iaitu ‘Sistem Normatif’. Penyelidik ini menggunakan kaedah kajian “4 I Method” iaitu “Identification & Documentation”, “Investigation & Compartmentalization”, “Analisis & Explanation” dan “Integration & Conclusion” yang dipelopori oleh ‘Hermeneutik’. Analisis penyelidikan ini mencerminkan kepenggunaan nilai budaya sistem normatif dalam cerpen Tamil Malaysia pada tahun 2013, tetapi ia adalah dalam kadar yang minimum sahaja sekiranya dibandingkan dengan karya-karya sastera Tamil lama seperti Mahabharata, Ramayana, Thirukkural dan sebagainya. Analisis dapatan kajian juga turut memaparkan kewujudan nilai budaya masyarakat Tamil dalam pemaparannya. Berdasarkan kenyataan ini, penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa, para pengarang cerpen mengutamakan peristiwa persekitaraan dalam cerpen, agar ia menjadi pengajaran kepada para pembaca yang menjadi kayu ukur untuk menilai reaksi segala tindakan mereka.