Jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Kajian ini bertujuan mengenal pasti jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak yang dikaji, menganalisis jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan DBP dan seterusnya merumuskan pelestarian jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak yang dikaji. Kajian ini mengaplikasikan prinsip-prinsip Dasar Kebud...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Kamarudin, Syaidul Azam
格式: Thesis
語言:English
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83326/1/FBMK%202018%2073%20-%20ir.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan mengenal pasti jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak yang dikaji, menganalisis jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan DBP dan seterusnya merumuskan pelestarian jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak yang dikaji. Kajian ini mengaplikasikan prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971 sebagai kerangka konseptual dengan menggunakan kaedah kajian iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan yang terdiri daripada sajak-sajak terbitan DBP dari tahun 2010 sehingga tahun 2015, merangkumi kumpulan sajak perseorangan dan antologi sajak bersama. Dapatan kajian mendapati sajak-sajak yang dikaji memperakukan bahawa bahasa Melayu, kebudayaan Melayu, dan agama Islam sebagai jati diri kebangsaan manakala, unsur kebudayaan kaum lain diterima selagi ia tidak bercanggah dengan agama Islam. Hal ini sekali gus memperakukan tiga prinsip DKK iaitu kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat rantau ini, unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Di samping itu, DBP didapati melaksanakan peranannya sebagai satu badan autoriti dalam melestarikan jati diri kebangsaan dalam konteks penerbitan sajak-sajak di Malaysia.