Hubungan kesedaran ibu bapa terhadap kandungan rancangan televisyen dan kesannya kepada pembentukan tingkah laku keganasan kanak-kanak

Televisyen merupakan salah satu media massa yang cukup popular sejak dari awal zaman kemunculannya. Kemajuan era teknologi pada hari ini turut menyumbang kepada industri penyiaran televisyen negara. Kini televisyen bukan sahaja dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan hiburan semata-mata, malaha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Nor Hafis
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83330/1/FBMK%202017%2082%20-%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Televisyen merupakan salah satu media massa yang cukup popular sejak dari awal zaman kemunculannya. Kemajuan era teknologi pada hari ini turut menyumbang kepada industri penyiaran televisyen negara. Kini televisyen bukan sahaja dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan hiburan semata-mata, malahan ia juga membawa mesej sosial yang terkandung dalam rancangan televisyen yang disiarkan. Kemunculan pelbagai bentuk rancangan televisyen telah berjaya menarik minat dan perhatian masyarakat termasuklah kanak-kanak. Kesan daripada sambutan yang cukup menggalakkan ini juga telah membuatkan penggiat industri turut berlumba-lumba menerbitkan pelbagai jenis “genre” rancangan untuk menarik minat penonton tanpa memikirkan kesan baik atau buruk yang bakal diterima oleh ahli masyarakat. Penyelidikan ini mempunyai lima objektif utama yang telah diketengahkan iaitu mengkaji tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap isi kandungan rancangan televisyen yang ditonton oleh kanak-kanak, faktor pembentukan tingkah laku keganasan kanak-kanak, kesan pembentukan tingkah laku kegasan kanak-kanak, hubungan tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap kesan tingkah laku keganasan kanak-kanak dan yang terakhir sekali ialah hubungan di antara faktor pembentukan tingkah laku keganasan kanak-kanak dan kesan pembentukan keganasan kanak-kanak. Hasil dapatan penyelidikan ini menunjukkan responden memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap isi kandungan rancangan televisyen yang dipertontonkan kepada kanakkanak. Kaedah pengumpulan data bagi penyelidikan ini pula menggunakan kuantitatif secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 300 orang responden. Responden yang terpilih pula adalah melalui persampelan bertujuan yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga di kalangan kakitangan KPWKM, Putrajaya dan JKM Kuala Lumpur. Borang soal selidik yang mengandungi data responden telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Prosedur yang terlibat dalam menganalisis data ialah statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratus,min dan sisihan piawai. Selain itu juga sela kelas bagi menguji tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga juga turut dikaji. Disamping itu, ujian kolerasi juga turut dibuat bagi menguji perhubungan di antara pembolehubah utama dalam penyelidikan ini. Hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat lemah antara tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap isi kandungan rancangan dan kesan pembentukkan tingkah laku keganasan kanak-kanak. Bagaimanapun hubungan ini adalah signifikan dan menunjukkan apabila bertambah tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap isi kandungan rancangan televisyen maka kesan pembentukan tingkah laku keganasan akan berlaku.