Teknik retorik dalam Hikayat Merong Mahawangsa

Retorik merupakan satu seni pemakaian bahasa yang menarik, indah dan estetik bagi memujuk atau mempengaruhi pembaca. Selain itu, retorik juga melibatkan penggunaan bahasa yang memfokuskan aspek keterampilan, kesantunan dan pengaplikasian bahasa yang berkesan dalam berkomunikasi secara lisan atau...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosli, Muhammad Nur Akmal
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83344/1/FBMK%202019%208%20-%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Retorik merupakan satu seni pemakaian bahasa yang menarik, indah dan estetik bagi memujuk atau mempengaruhi pembaca. Selain itu, retorik juga melibatkan penggunaan bahasa yang memfokuskan aspek keterampilan, kesantunan dan pengaplikasian bahasa yang berkesan dalam berkomunikasi secara lisan atau tulisan. Penyelidikan yang akan dilaksanakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah mengenai penggunaan retorik dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan lima teknik retorik dalam Kisah Pengislaman Maharaja Derbar Raja II, Hikayat Merong Mahawangsa berdasarkan Teori Retorik Moden (1993). Objektif kedua pula adalah untuk menganalisis teknik retorik yang dominan dalam Kisah Pengislaman Maharaja Derbar Raja II, Hikayat Merong Mahawangsa. Kajian ini dijalankan berdasarkan Teori Retorik Moden (1993) oleh Enos & Brown. Kajian ini juga berpandukan sebuah buku hikayat Melayu yang diperkenalkan oleh Siti Hawa Haji Salleh (1998) sebagai bahan kajian iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Namun, kajian ini dijalankan terhadap satu bab sahaja dalam Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Kisah Pengislaman Maharaja Derbar Raja II. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui kaedah analisis teks. Sehubungan dengan itu, keputusan kajian ini mendapati bahawa penulis Hikayat Merong Mahawangsa telah menerapkan kelima-lima teknik retorik iaitu retorik penceritaan, retorik pemerian, retorik pemujukan, retorik pendedahan dan retorik penghujahan. Keputusan kajian ini juga menunjukkan kekerapan penggunaan teknik retorik yang paling dominan dalam penulisan bab 4, Hikayat Merong Mahawangsa. Keputusan kajian mendapati bahawa teknik retorik yang paling dominan ialah retorik penceritaan iaitu sebanyak 18 kali atau 48.7%. Kekerapan penggunaan teknik retorik yang kedua tinggi ialah retorik pemerian, pemujukan dan penghujahan iaitu sebanyak 5 kali atau 13.5%, manakala kekerapan penggunaan yang paling rendah adalah sebanyak 4 kali atau 10.8% iaitu retorik pendedahan. Oleh itu, jelaslah bahawa penerapan retorik dalam penghasilan karya kreatif terutamanya hikayat dapat menjamin kualiti penulisan yang baik dan menarik.