Ketepatan penggunaan diksi arab dalam puisi melayu

Puisi Melayu, sebagaimana bahasa Melayu itu sendiri turut terpengaruh dengan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Dalam puisi Melayu, penggunaan diksi Arab dalam sesetengah keadaan dilihat boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya tidak menepati maksud asal penggunaannya dalam bahasa asal. K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Mohd Hazri
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83348/1/FBMK%202017%2080%20-%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Puisi Melayu, sebagaimana bahasa Melayu itu sendiri turut terpengaruh dengan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Dalam puisi Melayu, penggunaan diksi Arab dalam sesetengah keadaan dilihat boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya tidak menepati maksud asal penggunaannya dalam bahasa asal. Kajian ini merupakan suatu usaha untuk mengenal pasti dan menganalisis ketepatan penggunaan diksi Arab dalam kumpulan puisi Melayu moden. Kumpulan puisi tersebut adalah kumpulan puisi Sumur Mahmudah karya Ony Latifah Osman (2006). Kajian ini menggunakan gabungan Teori Semantik (Teori Imej Makna) dan Teori Konseptual Kata Kunci. Melalui kajian ini, pemilihan diksi Arab untuk menyampaikan maksud tertentu dalam sesebuah puisi dapat dikenalpasti. Data kajian diperoleh, diklasifikasi dan dianalisis daripada aspek semantik berdasarkan teori yang dinyatakan. Hasil analisis menunjukkan kebanyakan diksi Arab yang digunakan adalah menepati makna asal. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa diksi Arab yang digunakan oleh penyair dalam puisi mereka tidak menepati maksud asalnya dan boleh membawa kepada kekeliruan bagi khalayak pembaca. Justeru penggunaan diksi Arab khususnya dalam puisi perlu dilakukan dengan teliti. Secara tidak langsung, kajian ini membantu meningkatkan lagi kualiti dan nilai estetika sesebuah puisi yang dihasilkan terutamanya puisi yang mengandungi diksi Arab serta menjadi salah satu bahan kesusasteraan yang boleh diperluaskan.