Pelestarian bahasa kensiu di Kampung Lubuk Legong, Kedah, Malaysia

Fenomena keterancaman bahasa banyak berlaku kepada bahasa minoriti khususnya bahasa orang Asli. Menurut kajian lepas, bahasa Kensiu merupakan salah satu bahasa orang Asli yang telah mengalami ancaman kepupusan. Dengan jumlah penutur seramai 292 orang sahaja bahasa ini seolah-olah berpotensi untuk me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Adam, Nur Faaizah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83365/1/FBMK%202018%2077%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.83365
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.833652020-09-11T04:08:48Z Pelestarian bahasa kensiu di Kampung Lubuk Legong, Kedah, Malaysia 2018-10 Md Adam, Nur Faaizah Fenomena keterancaman bahasa banyak berlaku kepada bahasa minoriti khususnya bahasa orang Asli. Menurut kajian lepas, bahasa Kensiu merupakan salah satu bahasa orang Asli yang telah mengalami ancaman kepupusan. Dengan jumlah penutur seramai 292 orang sahaja bahasa ini seolah-olah berpotensi untuk mengalami kepupusan kerana memiliki jumlah penutur yang sedikit dan bersifat minoriti. Berdasarkan hakikat ini pengkaji akan mengenal pasti aspek leksikal dalam bahasa Kensiu mengikut senarai Swadesh dengan menggunakan teori leksikostatistik yang dipelopori oleh Keraf (1984), menganalisis pemillihan dan penggunaan bahasa masyarakat Kensiu berdasarkan domain dan menghuraikan pelestarian bahasa Kensiu berdasarkan kerangka tipologi keterancaman bahasa Edward (1992), Sasse (1992) dan Grimes (2002). Oleh itu persoalan yang akan dijawab berdasarkan objektif ini ialah berkenaan pelestarian bahasa orang Asli di Kampung Lubuk Legong berdasarkan leksikal, pemilihan melalui domain dan tipologi keterancaman bahasa. Seramai 150 responden digunakan dalam kajian ini yang terdiri dari kelompok umur 6 hingga 17 tahun, 18 hingga 39 tahun dan 40 ke atas. Pengkaji menggunakan pendekatan etnografi dan pengumpulan data diperoleh daripada kaedah temu bual, pemerhatian, tinjauan, kepustakaan dan soal selidik.Dapatan kajian berdasarkan senarai Swadesh menunjukkan bahasa Kensiu telah mengalami beberapa perubahan leksikal dan fonologi. Hal ini menunjukkan bahasa Kensiu telah mengalami pengembangan bahasa. Manakala dalam kata bertema seperti leksikal cuaca, tubuh badan, panggilan dalam keluarga, tumbuhan dan hutan, bentuk muka bumi dan perlakuan perasaan bahasa Kensiu dilihat masih mengekalkan keaslian bahasanya. Berdasarkan sikap pemilihan bahasa dalam kalangan orang Asli Kensiu dilihat bahasa ibunda mereka dapat dilestarikan dalam domain kekeluargaan, domain kejiranan, domain kemasyarakatan dan domain kendiri. Huraian tipologi keterancaman bahasa pula menunjukkan bahasa Kensiu masih boleh dilestarikan dalam kelompok mereka kerana masih menjadi bahasa utama dalam kalangan masyarakatnya. Kesimpulannya, bahasa Kensiu dikategori dalam bahasa yang stabil tetapi terancam, iaitu bahasa yang digunakan oleh semua kanak-kanak dan orang dewasa tetapi jumlahnya sangat sedikit. Jika dibandingkan dengan tahap UNESCO pula bahasa Kensiu berada dalam keadaan yang selamat iaitu masih digunakan oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak lagi Walaupun bahasa Kensiu masih terpelihara tetapi usaha pelestarian perlu dilakukan untuk memastikan bahasa ini kekal pada masa hadapan. Orang Asli (Malaysian people) - Language Semang language 2018-10 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83365/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83365/1/FBMK%202018%2077%20-%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Orang Asli (Malaysian people) - Language Semang language Yusop, Mohd Sharifudin
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Yusop, Mohd Sharifudin
topic Orang Asli (Malaysian people) - Language
Semang language

spellingShingle Orang Asli (Malaysian people) - Language
Semang language

Md Adam, Nur Faaizah
Pelestarian bahasa kensiu di Kampung Lubuk Legong, Kedah, Malaysia
description Fenomena keterancaman bahasa banyak berlaku kepada bahasa minoriti khususnya bahasa orang Asli. Menurut kajian lepas, bahasa Kensiu merupakan salah satu bahasa orang Asli yang telah mengalami ancaman kepupusan. Dengan jumlah penutur seramai 292 orang sahaja bahasa ini seolah-olah berpotensi untuk mengalami kepupusan kerana memiliki jumlah penutur yang sedikit dan bersifat minoriti. Berdasarkan hakikat ini pengkaji akan mengenal pasti aspek leksikal dalam bahasa Kensiu mengikut senarai Swadesh dengan menggunakan teori leksikostatistik yang dipelopori oleh Keraf (1984), menganalisis pemillihan dan penggunaan bahasa masyarakat Kensiu berdasarkan domain dan menghuraikan pelestarian bahasa Kensiu berdasarkan kerangka tipologi keterancaman bahasa Edward (1992), Sasse (1992) dan Grimes (2002). Oleh itu persoalan yang akan dijawab berdasarkan objektif ini ialah berkenaan pelestarian bahasa orang Asli di Kampung Lubuk Legong berdasarkan leksikal, pemilihan melalui domain dan tipologi keterancaman bahasa. Seramai 150 responden digunakan dalam kajian ini yang terdiri dari kelompok umur 6 hingga 17 tahun, 18 hingga 39 tahun dan 40 ke atas. Pengkaji menggunakan pendekatan etnografi dan pengumpulan data diperoleh daripada kaedah temu bual, pemerhatian, tinjauan, kepustakaan dan soal selidik.Dapatan kajian berdasarkan senarai Swadesh menunjukkan bahasa Kensiu telah mengalami beberapa perubahan leksikal dan fonologi. Hal ini menunjukkan bahasa Kensiu telah mengalami pengembangan bahasa. Manakala dalam kata bertema seperti leksikal cuaca, tubuh badan, panggilan dalam keluarga, tumbuhan dan hutan, bentuk muka bumi dan perlakuan perasaan bahasa Kensiu dilihat masih mengekalkan keaslian bahasanya. Berdasarkan sikap pemilihan bahasa dalam kalangan orang Asli Kensiu dilihat bahasa ibunda mereka dapat dilestarikan dalam domain kekeluargaan, domain kejiranan, domain kemasyarakatan dan domain kendiri. Huraian tipologi keterancaman bahasa pula menunjukkan bahasa Kensiu masih boleh dilestarikan dalam kelompok mereka kerana masih menjadi bahasa utama dalam kalangan masyarakatnya. Kesimpulannya, bahasa Kensiu dikategori dalam bahasa yang stabil tetapi terancam, iaitu bahasa yang digunakan oleh semua kanak-kanak dan orang dewasa tetapi jumlahnya sangat sedikit. Jika dibandingkan dengan tahap UNESCO pula bahasa Kensiu berada dalam keadaan yang selamat iaitu masih digunakan oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak lagi Walaupun bahasa Kensiu masih terpelihara tetapi usaha pelestarian perlu dilakukan untuk memastikan bahasa ini kekal pada masa hadapan.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Md Adam, Nur Faaizah
author_facet Md Adam, Nur Faaizah
author_sort Md Adam, Nur Faaizah
title Pelestarian bahasa kensiu di Kampung Lubuk Legong, Kedah, Malaysia
title_short Pelestarian bahasa kensiu di Kampung Lubuk Legong, Kedah, Malaysia
title_full Pelestarian bahasa kensiu di Kampung Lubuk Legong, Kedah, Malaysia
title_fullStr Pelestarian bahasa kensiu di Kampung Lubuk Legong, Kedah, Malaysia
title_full_unstemmed Pelestarian bahasa kensiu di Kampung Lubuk Legong, Kedah, Malaysia
title_sort pelestarian bahasa kensiu di kampung lubuk legong, kedah, malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2018
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83365/1/FBMK%202018%2077%20-%20IR.pdf
_version_ 1747813388924223488