Pemerolehan dan penguasaan leksikal Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak India di prasekolah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemerolehan leksikal bahasa Melayu dalam kalangan kanak- kanak India melalui rangsangan visual. Kajian ini berfokus kepada pemerolehan dan penguasaan leksikal kanak- kanak India dari aspek golongan kata. Kajian ini dijalankan dalam kalangan kanak-kanak India...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Marimothu, Gayatri
格式: Thesis
語言:English
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83403/1/FBMK%202018%2090%20-%20ir.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemerolehan leksikal bahasa Melayu dalam kalangan kanak- kanak India melalui rangsangan visual. Kajian ini berfokus kepada pemerolehan dan penguasaan leksikal kanak- kanak India dari aspek golongan kata. Kajian ini dijalankan dalam kalangan kanak-kanak India yang berusia 4-6 tahun di prasekolah dan merupakan tahap penguasaan bahasa yang kritikal. Objektif kajian ini ialah untuk Objektif kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah mengenal pasti tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu kanak-kanak India di prasekolah. Di samping itu kajian yang dijalankan juga menghuraikan tahap pemerolehan dan penguasaan leksikal bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak India. Bukan itu sahaja, kajian yang dijalankan ini menjelaskan faktor-faktor afektif dalam penguasaan leksikal bahasa Melayu. Pemerhatian dilakukan ke atas 17 orang kanak-kanak India prasekolah di tiga Smart Readers sekitar daerah Seremban. Penyelidik menjalankan kajian lapangan menggunakan kaedah pemerhatian. Bahan- bahan bergambar digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini untuk membolehkan kanak- kanak dapat mengungkapkan maksud leksikal bahasa Melayu melalui bahan- bahan rangsangan visual. Penyelidik juga mendapati tahap pemerolehan dan penguasaan leksikal bahasa Melayu kanak- kanak adalah baik tetapi dipengaruhi oleh bahasa pertama atau bahasa ibunda. Namun begitgu tahap pemrolehan dan penguasaan bahasa kedua kanak-kanak semakin baik apabila usia meningkat. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor afektif yang mempengaruhi proses pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak- kanak.