Faktor ekstralinguistik pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina

Kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji dalam pengaruh ekstralinguistik motivasi dalam pencapaian bahasa Melayu (BM) di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) telah banyak dijalankan. Walau bagaimanapun, kajian tentang faktor ekstralinguistik motivasi yang paling dominan samada instrinsik ataupu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammadin, Masitah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83407/1/FBMK%202018%2097%20-%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji dalam pengaruh ekstralinguistik motivasi dalam pencapaian bahasa Melayu (BM) di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) telah banyak dijalankan. Walau bagaimanapun, kajian tentang faktor ekstralinguistik motivasi yang paling dominan samada instrinsik ataupun ekstrinsik yang mempengaruhi pencapaian BM dalam kalangan murid Cina di SJKC masih berkurangan. Hal yang demikian, penyelidikan ini merincikan pengaruh faktor esktralinguistik dalam pencapaian BM murid Cina di SJKC Chung Hwa, Besut, Terengganu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor ekstralinguistik iaitu motivasi yang paling dominan samada motivasi instrinsik ataupun motivasi ekstrinsik yang mempengaruhi pencapaian BM murid Cina. Teori yang digunakan ialah Teori Gardner (2005). Menurut teori ini, kebolehan dan motivasi merupakan dua faktor penting yang mempunyai pertalian dengan pencapaian di sekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik The Attitude Motivation Test Battery (AMTB) oleh Gardner 2005 yang telah disesuaikan dengan objektif kajian ini. Penganalisisan data dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif. Kualitatif iaitu melalui pemerhatian di dalam kelas dan temu bual dengan guru yang mengajar BM. Kuantitatif pula peratusan data yang diperoleh melalui soal selidik yang telah diisi oleh responden. Kajian ini dijalankan ke atas sekolah rendah yang berada di kawasan bandar. Responden kajian pula terdiri daripada 40 orang murid Cina darjah 3 di SJKC Chung Hwa. Dapatan kajian menunjukkan responden lebih bermotivasi ekstrinsik berbanding motivasi intrinsik. Motivasi ekstrinsik iaitu faktor instrumental seperti mengharapkan ganjaran yang berbentuk hadiah, pujian, penggredan dan sebagainya telah menyebabkan responden berminat untuk menguasai BM sebagai B2. Hasil kajian diharapkan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh berkaitan kepentingan motivasi terhadap penguasaan BM terutamanya terhadap murid yang bukan Melayu agar lebih memahami dan meminati BM sebagai B2 mereka serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan inovatif.