Tipologi keterancaman dialek Melayu Patani dari perspektif etnolinguistik

Pengkajian berkaitan keterancaman sesuatu bahasa atau dialek minoriti di Malaysia semakin menjadi tumpuan para sarjana kerana kesedaran bahawa dialek-dialek tersebut merupakan salah satu daripada khazanah negara. Dialek Melayu Patani yang dituturkan oleh masyarakat Melay...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Wan Mokhtar, Wan Khairulhusna
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84455/1/FBMK%202019%2026%20-%20%20IR.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Pengkajian berkaitan keterancaman sesuatu bahasa atau dialek minoriti di Malaysia semakin menjadi tumpuan para sarjana kerana kesedaran bahawa dialek-dialek tersebut merupakan salah satu daripada khazanah negara. Dialek Melayu Patani yang dituturkan oleh masyarakat Melayu Patani juga tidak terkecuali dari permasalahan berkaitan keterancaman akibat pertembungan bahasa dan pengaruh bahasa luar. Satu kajian lapangan untuk meneliti dialek Melayu Patani telah dijalankan di dua buah lokasi kajian iaitu Kampung Chepir mewakili Sik Kedah dan Kampung Kuak Hulu pula mewakili Pengkalan Hulu, Perak dengan responden seramai 150 orang bagi setiap lokasi. Kedua-dua lokasi tersebut adalah di bahagian pedalaman yang paling hulu. Objektif pertama kajian adalah menganalisis aspek fonologi dan leksikal dialek Melayu Patani di Kedah dan Perak. Objektif kedua pula adalah menilai sikap masyarakat Melayu Patani di Kedah dan Perak terhadap pemilihan dialek Melayu Patani berdasarkan mandala-mandala tertentu. Objektif ketiga adalah menghuraikan tipologi keterancaman dialek Melayu Patani di Kedah dan Perak. Pendekatan etnolinguistik yang menjadi dasar kepada kajian, berkepentingan untuk menilai sikap dan pemilihan bahasa masyarakat Melayu Patani. Bagi menjelaskan objektif-objektif kajian, pendekatan etnolinguistik adalah berdasarkan tiga kerangka teori iaitu teori domain atau mandala, teori fonetik struktural dan teori tipologi keterancaman bahasa. Pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif digunakan bagi memperoleh data melalui kaedah kepustakaan dan kajian lapangan yang membabitkan teknik rakaman, teknik temu bual, teknik soal selidik, teknik pemerhatian, dan teknik lafaz. Hasil dapatan mendapati masyarakat Melayu Patani di kedua-dua lokasi kajian berjaya menunjukkan sifat positif etnosentrik dan antusiasme yang tinggi dalam memartabatkan bahasa ibunda mereka. Situasi ini terbukti apabila dialek Melayu Patani masih dalam keadaan selamat walaupun terdapat pertembungan bahasa. Selain itu, pendokumentasian kosa kata dialek Melayu Patani membuktikan dialek Hulu dan dialek Kuak Hulu yang digelar oleh masyarakat Melayu Patani sebenarnya adalah dialek Melayu Patani. Ini dibuktikan dengan melihat kekerabatan bahasa antara kedua-duanya. Hubungan kekeluargaan yang diterapkandalam kelompok masyarakat mereka mampu melestarikandialek Melayu Patani sehingga berabad lamanya. Selagi masyarakat Melayu Patani terus menggunakan bahasa ibunda mereka dengan rasa bangga, selagi itu bahasa akan hidup selamanya. Kebergantungan ini berbalik kepada sikap penutur sendiri sama ada akan terus menggunakannya atau melupakan bahasa nenek moyang mereka.