Politik birokrasi dalam pelaksanaan projek perumahan di negeri terpilih di Malaysia

Permintaan terhadap perumahan semakin hari semakin meningkat memandangkan rumah adalah keperluan asas bagi setiap manusia. Namun, isu berkaitan perumahan seringkali menjadi halangan kepada rakyat untuk memiliki aset ini. Banyak kajian dibuat terhadap sektor perumahan yang menj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zain, Zarina
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84514/1/FEM%202019%2030%20-%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.84514
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Ku Samsu, Ku Hasnita
topic Housing - Malaysia
Housing policy - Malaysia

spellingShingle Housing - Malaysia
Housing policy - Malaysia

Mohd Zain, Zarina
Politik birokrasi dalam pelaksanaan projek perumahan di negeri terpilih di Malaysia
description Permintaan terhadap perumahan semakin hari semakin meningkat memandangkan rumah adalah keperluan asas bagi setiap manusia. Namun, isu berkaitan perumahan seringkali menjadi halangan kepada rakyat untuk memiliki aset ini. Banyak kajian dibuat terhadap sektor perumahan yang menjurus kepada isu berkaitan pemajuan projek seperti projek terbengkalai, lewat atau sakit. Namun kajian terhadap proses awal pemajuan amat terhad seperti isu yang melibatkan kelewatan pemaju dalam mendapatkan kelulusan pemajuan sebelum projek dimulakan. Faktor kelewatan tersebut adalah disebabkan oleh pentadbir yang bertindak atas kepentingan sendiri dengan cara politik atau disebut sebagai politik birokrasi. Hal ini berlaku kerana wujud pengaruh politik dalam proses mendapatkan kelulusan projek selain dari masalah prosedur yang rumit dan membebankan. Walau bagaimanapun, kajian mengenai punca kepada berlakunya faktor tersebut amat jarang dilakukan. Jadi, matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca berlaku politik birokrasi semasa proses awal pemajuan projek perumahan. Selain itu, objektif kajian ini turut meneroka elemen yang dilihat dapat memperkukuhkan lagi pernyataan bahawa politik birokrasi berlaku dan seterusnya menilai kesan pengaruh politik birokrasi ini kepada pemajuan projek serta kepada pelaksanaan Dasar Perumahan Negara. Kajian ini bersifat kajian kes yang melibatkan lima negeri terpilih berdasarkan kepada statistik projek perumahan bermasalah 2016. Kajian melibatkan sepuluh orang informan yang dipilih secara bertujuan dengan menggunakan kaedah temu bual secara separa struktur. Kesemua informan dipilih kerana mempunyai pengalaman dan terlibat secara langsung dalam keseluruhan proses awal yang mampu mengulas tentang politik birokrasi dalam pentadbiran pengurusan projek perumahan. Mereka terdiri daripada pegawai yang mewakili tiga tingkat kerajaan iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Maklumbalas yang diterima membuktikan bahawa politik birokrasi berpunca akibat campur tangan pemimpin atau parti politik dalam urusan pentadbiran. Ini berpunca apabila ada antara pentadbir dilantik oleh parti politik seperti ahli majlis kerajaan tempatan. Begitu juga di kalangan pegawai peringkat negeri dan jabatan di peringkat kementerian kerana mereka ini juga dilantik atas kapasiti politik. Hal ini disokong oleh dapatan kajian yang membuktikan bahawa situasi politik birokrasi wujud disebabkan kepelbagaian pentadbir yang terdiri daripada kumpulan profesional dan kumpulan yang dilantik oleh pemimpin politik ke dalam agensi pentadbiran. Selain itu, pengaruh kuasa turut mempengaruhi pentadbir yang menyebabkan konflik kepentingan berlaku semasa membuat keputusan berkaitan pemajuan projek perumahan. Akibatnya keputusan yang dibuat adalah berdasarkan konsep tawar-menawar. Situasi begini merupakan penyebab kepada kelemahan proses penyelarasan akibat daripada perbezaan ideologi politik antara pentadbir dan antara tingkat kerajaan yang berbeza pentadbiran. Kesemua elemen ini telah meningkatkan konflik individu semasa proses pembuatan keputusan melibatkan pemajuan projek perumahan dan secara tidak langsung memberi kesan kepada kegagalan pemaju untuk memulakan projek. Keadaan ini seterusnya merencatkan pelaksanaan dasar perumahan bagi mencapai matlamat untuk menyediakan rumah yang mencukupi, selesa dan mampu dimiliki. Dalam menghadapi situasi tersebut, dicadangkan agar kerajaan meneliti perlantikan pentadbir supaya tidak dipengaruhi politik seterusnya menyediakan satu prosedur yang boleh digunakan oleh setiap pentadbir baik di peringkat kementerian mahupun kerajaan negeri dan tempatan. Perbincangan harus dibuat dalam mematuhi prosedur tersebut dan sekiranya tidak dipatuhi, maka sesiapa yang berkenaan perlu diambil tindakan sewajarnya. Hal ini bagi mengelakkan projek pemajuan perumahan terus terjejas.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Mohd Zain, Zarina
author_facet Mohd Zain, Zarina
author_sort Mohd Zain, Zarina
title Politik birokrasi dalam pelaksanaan projek perumahan di negeri terpilih di Malaysia
title_short Politik birokrasi dalam pelaksanaan projek perumahan di negeri terpilih di Malaysia
title_full Politik birokrasi dalam pelaksanaan projek perumahan di negeri terpilih di Malaysia
title_fullStr Politik birokrasi dalam pelaksanaan projek perumahan di negeri terpilih di Malaysia
title_full_unstemmed Politik birokrasi dalam pelaksanaan projek perumahan di negeri terpilih di Malaysia
title_sort politik birokrasi dalam pelaksanaan projek perumahan di negeri terpilih di malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2019
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84514/1/FEM%202019%2030%20-%20ir.pdf
_version_ 1747813482073423872
spelling my-upm-ir.845142022-01-03T04:54:36Z Politik birokrasi dalam pelaksanaan projek perumahan di negeri terpilih di Malaysia 2019-04 Mohd Zain, Zarina Permintaan terhadap perumahan semakin hari semakin meningkat memandangkan rumah adalah keperluan asas bagi setiap manusia. Namun, isu berkaitan perumahan seringkali menjadi halangan kepada rakyat untuk memiliki aset ini. Banyak kajian dibuat terhadap sektor perumahan yang menjurus kepada isu berkaitan pemajuan projek seperti projek terbengkalai, lewat atau sakit. Namun kajian terhadap proses awal pemajuan amat terhad seperti isu yang melibatkan kelewatan pemaju dalam mendapatkan kelulusan pemajuan sebelum projek dimulakan. Faktor kelewatan tersebut adalah disebabkan oleh pentadbir yang bertindak atas kepentingan sendiri dengan cara politik atau disebut sebagai politik birokrasi. Hal ini berlaku kerana wujud pengaruh politik dalam proses mendapatkan kelulusan projek selain dari masalah prosedur yang rumit dan membebankan. Walau bagaimanapun, kajian mengenai punca kepada berlakunya faktor tersebut amat jarang dilakukan. Jadi, matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca berlaku politik birokrasi semasa proses awal pemajuan projek perumahan. Selain itu, objektif kajian ini turut meneroka elemen yang dilihat dapat memperkukuhkan lagi pernyataan bahawa politik birokrasi berlaku dan seterusnya menilai kesan pengaruh politik birokrasi ini kepada pemajuan projek serta kepada pelaksanaan Dasar Perumahan Negara. Kajian ini bersifat kajian kes yang melibatkan lima negeri terpilih berdasarkan kepada statistik projek perumahan bermasalah 2016. Kajian melibatkan sepuluh orang informan yang dipilih secara bertujuan dengan menggunakan kaedah temu bual secara separa struktur. Kesemua informan dipilih kerana mempunyai pengalaman dan terlibat secara langsung dalam keseluruhan proses awal yang mampu mengulas tentang politik birokrasi dalam pentadbiran pengurusan projek perumahan. Mereka terdiri daripada pegawai yang mewakili tiga tingkat kerajaan iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Maklumbalas yang diterima membuktikan bahawa politik birokrasi berpunca akibat campur tangan pemimpin atau parti politik dalam urusan pentadbiran. Ini berpunca apabila ada antara pentadbir dilantik oleh parti politik seperti ahli majlis kerajaan tempatan. Begitu juga di kalangan pegawai peringkat negeri dan jabatan di peringkat kementerian kerana mereka ini juga dilantik atas kapasiti politik. Hal ini disokong oleh dapatan kajian yang membuktikan bahawa situasi politik birokrasi wujud disebabkan kepelbagaian pentadbir yang terdiri daripada kumpulan profesional dan kumpulan yang dilantik oleh pemimpin politik ke dalam agensi pentadbiran. Selain itu, pengaruh kuasa turut mempengaruhi pentadbir yang menyebabkan konflik kepentingan berlaku semasa membuat keputusan berkaitan pemajuan projek perumahan. Akibatnya keputusan yang dibuat adalah berdasarkan konsep tawar-menawar. Situasi begini merupakan penyebab kepada kelemahan proses penyelarasan akibat daripada perbezaan ideologi politik antara pentadbir dan antara tingkat kerajaan yang berbeza pentadbiran. Kesemua elemen ini telah meningkatkan konflik individu semasa proses pembuatan keputusan melibatkan pemajuan projek perumahan dan secara tidak langsung memberi kesan kepada kegagalan pemaju untuk memulakan projek. Keadaan ini seterusnya merencatkan pelaksanaan dasar perumahan bagi mencapai matlamat untuk menyediakan rumah yang mencukupi, selesa dan mampu dimiliki. Dalam menghadapi situasi tersebut, dicadangkan agar kerajaan meneliti perlantikan pentadbir supaya tidak dipengaruhi politik seterusnya menyediakan satu prosedur yang boleh digunakan oleh setiap pentadbir baik di peringkat kementerian mahupun kerajaan negeri dan tempatan. Perbincangan harus dibuat dalam mematuhi prosedur tersebut dan sekiranya tidak dipatuhi, maka sesiapa yang berkenaan perlu diambil tindakan sewajarnya. Hal ini bagi mengelakkan projek pemajuan perumahan terus terjejas. Housing - Malaysia Housing policy - Malaysia 2019-04 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84514/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84514/1/FEM%202019%2030%20-%20ir.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Housing - Malaysia Housing policy - Malaysia Ku Samsu, Ku Hasnita