Hubungan antara domain tingkah laku pembangunan potensi diri dan kesepaduan sosial belia dalam program anugerah remaja perdana rakan muda

Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan antara domain utama tingkah laku pembangunan potensi diri dalam pembangunan sosial belia ke arah mencapai kesepaduan sosial masyarakat Malaysia. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yaccob, Yasmin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84522/1/FEM%202019%2031%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.84522
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.845222021-02-23T01:14:49Z Hubungan antara domain tingkah laku pembangunan potensi diri dan kesepaduan sosial belia dalam program anugerah remaja perdana rakan muda 2019-05 Yaccob, Yasmin Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan antara domain utama tingkah laku pembangunan potensi diri dalam pembangunan sosial belia ke arah mencapai kesepaduan sosial masyarakat Malaysia. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) mengenal pasti tahap tingkah laku pembangunan potensi diri; ii) mengenal pasti tahap sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dipersepsikan dan niat belia; iii) mengenal pasti tahap kesepaduan sosial belia; iv) menentukan perkaitan hubungan di antara sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dipersepsikan dan niat belia dalam bertingkah laku dengan kesepaduan sosial; v) mengenal pasti amalan praktis terbaik dalam kalangam Komuniti Pengamal bagi mencapai kesepaduan sosial. Kerangka teoritikal Tingkah Laku Berencana oleh Ajzen dan Fishbein dan kerangka analitikal model Community of Practice (CoP) oleh Lave dan Wenger digunakan untuk mengenalpasti dan menentukan perkaitan hubungan sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dipersepsikan dan niat belia berdasarkan tingkah laku dengan kesepaduan sosial dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP). Program ARP merupakan program pembangunan potensi diri belia yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam menyediakan diri belia menghadapi cabaran ke arah mencapai potensi diri alam remaja dan dewasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai kajian utama dan analisis kualitatif sebagai data sokongan. Kajian tinjauan telah dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang dibina berdasarkan model kajian dan siri kumpulan perbincangan berfokus untuk fasa kualitatif. Persampelan bertujuan melibatkan 265 orang responden berumur antara 18 hingga 25 tahun yang telah ditauliahkan anugerah tahap emas di seluruh negara manakala 22 orang responden telah terlibat dalam kumpulan perbincangan berfokus. Kajian rintis telah dijalankan untuk memperolehi nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang optima bagi setiap item dalam instrumen pengukuran. Instrumen kajian dibahagikan kepada tiga bahagian, Bahagian A: latar belakang responden, Bahagian B: tingkah laku pembangunan potensi diri belia dan Bahagian C: persekitaran belia dan kesepaduan sosial belia dan soalan terbuka untuk kumpulan perbincangan berfokus. Partial Least Squares Structural Equation Modelling (PLS-SEM) telah digunakan untuk menguji model kajian. Anteseden tingkah laku berencana terdiri daripada tiga konstruk iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dipersepsikan. Hasil analisis mendapati pengaruh yang signifikan di antara tiga konstruk dan menyumbang kepada niat bertingkah laku pembangunan potensi diri belia (R² = 0.68). Analisis PLS-SEM telah mengesahkan hubungan di antara variabel bersandar dan tidak bersandar di dalam model berstruktur yang dibina melalui kaedah analisis laluan (path analyses) dengan nilai t adalah signifikan jika t>1.645 (t = 4.03). Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kesepaduan sosial dan tingkah laku di mana tingkah laku menghasilkan kesepaduan sosial yang positif (r=0.509, p≤0.01). Kajian ini juga mengetengahkan peranan anteseden Tingkah Laku Berencana dengan menggunakan hasil analisis persekitaran belia dan kesepaduan sosial melalui instrumen pengukuran The Physical Activity Group Questionnaire (PAGEQ) oleh Estrabooks & Carron (2000). Analisis keseluruhan tahap kesepaduan sosial belia yang terlibat dengan program ARP ialah 63.4%. Manakala, analisis kajian kualitatif menunjukkan semakin banyak aktiviti kemasyarakatan dalam komponen ARP dilaksanakan, semakin tinggi tahap kesepaduan sosial belia. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tingkah laku dan aspek kesepaduan sosial dalam pembangunan potensi diri belia dapat dilihat melalui penyertaan atau penglibatan belia dalam program ARP di peringkat komuniti, pengiktirafan dan juga inklusi sosial. Dapatan kajian ini dijangka akan memberi implikasi yang penting dalam menggalakkan interaksi sosial di kalangan belia dan masyarakat selain memupuk keharmonian pelbagai kaum melalui aktiviti pembangunan potensi diri. Kerangka Model Integrasi Pembentukan Penandaarasan Program Pembangunan Potensi Diri telah dicadangkan bagi memberikan perkaitan hubungan kesepaduan sosial dalam masyarakat yang memfokus kepada pembentukan tingkah laku berdasarkan pelaksanaan aktiviti gaya hidup sebagai tapak integrasi. Tingkah laku yang positif akan meningkatkan tahap kesepaduan sosial dalam kalangan belia. Youth in development Youth - Counseling of 2019-05 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84522/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84522/1/FEM%202019%2031%20-%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Youth in development Youth - Counseling of Adam Assim, Mohd Ibrani Shahrimin
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Adam Assim, Mohd Ibrani Shahrimin
topic Youth in development
Youth - Counseling of

spellingShingle Youth in development
Youth - Counseling of

Yaccob, Yasmin
Hubungan antara domain tingkah laku pembangunan potensi diri dan kesepaduan sosial belia dalam program anugerah remaja perdana rakan muda
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Yaccob, Yasmin
author_facet Yaccob, Yasmin
author_sort Yaccob, Yasmin
title Hubungan antara domain tingkah laku pembangunan potensi diri dan kesepaduan sosial belia dalam program anugerah remaja perdana rakan muda
title_short Hubungan antara domain tingkah laku pembangunan potensi diri dan kesepaduan sosial belia dalam program anugerah remaja perdana rakan muda
title_full Hubungan antara domain tingkah laku pembangunan potensi diri dan kesepaduan sosial belia dalam program anugerah remaja perdana rakan muda
title_fullStr Hubungan antara domain tingkah laku pembangunan potensi diri dan kesepaduan sosial belia dalam program anugerah remaja perdana rakan muda
title_full_unstemmed Hubungan antara domain tingkah laku pembangunan potensi diri dan kesepaduan sosial belia dalam program anugerah remaja perdana rakan muda
title_sort hubungan antara domain tingkah laku pembangunan potensi diri dan kesepaduan sosial belia dalam program anugerah remaja perdana rakan muda
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2019
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84522/1/FEM%202019%2031%20-%20IR.pdf
_version_ 1747813484033212416
description Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan antara domain utama tingkah laku pembangunan potensi diri dalam pembangunan sosial belia ke arah mencapai kesepaduan sosial masyarakat Malaysia. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) mengenal pasti tahap tingkah laku pembangunan potensi diri; ii) mengenal pasti tahap sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dipersepsikan dan niat belia; iii) mengenal pasti tahap kesepaduan sosial belia; iv) menentukan perkaitan hubungan di antara sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dipersepsikan dan niat belia dalam bertingkah laku dengan kesepaduan sosial; v) mengenal pasti amalan praktis terbaik dalam kalangam Komuniti Pengamal bagi mencapai kesepaduan sosial. Kerangka teoritikal Tingkah Laku Berencana oleh Ajzen dan Fishbein dan kerangka analitikal model Community of Practice (CoP) oleh Lave dan Wenger digunakan untuk mengenalpasti dan menentukan perkaitan hubungan sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dipersepsikan dan niat belia berdasarkan tingkah laku dengan kesepaduan sosial dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP). Program ARP merupakan program pembangunan potensi diri belia yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam menyediakan diri belia menghadapi cabaran ke arah mencapai potensi diri alam remaja dan dewasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai kajian utama dan analisis kualitatif sebagai data sokongan. Kajian tinjauan telah dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang dibina berdasarkan model kajian dan siri kumpulan perbincangan berfokus untuk fasa kualitatif. Persampelan bertujuan melibatkan 265 orang responden berumur antara 18 hingga 25 tahun yang telah ditauliahkan anugerah tahap emas di seluruh negara manakala 22 orang responden telah terlibat dalam kumpulan perbincangan berfokus. Kajian rintis telah dijalankan untuk memperolehi nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang optima bagi setiap item dalam instrumen pengukuran. Instrumen kajian dibahagikan kepada tiga bahagian, Bahagian A: latar belakang responden, Bahagian B: tingkah laku pembangunan potensi diri belia dan Bahagian C: persekitaran belia dan kesepaduan sosial belia dan soalan terbuka untuk kumpulan perbincangan berfokus. Partial Least Squares Structural Equation Modelling (PLS-SEM) telah digunakan untuk menguji model kajian. Anteseden tingkah laku berencana terdiri daripada tiga konstruk iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dipersepsikan. Hasil analisis mendapati pengaruh yang signifikan di antara tiga konstruk dan menyumbang kepada niat bertingkah laku pembangunan potensi diri belia (R² = 0.68). Analisis PLS-SEM telah mengesahkan hubungan di antara variabel bersandar dan tidak bersandar di dalam model berstruktur yang dibina melalui kaedah analisis laluan (path analyses) dengan nilai t adalah signifikan jika t>1.645 (t = 4.03). Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kesepaduan sosial dan tingkah laku di mana tingkah laku menghasilkan kesepaduan sosial yang positif (r=0.509, p≤0.01). Kajian ini juga mengetengahkan peranan anteseden Tingkah Laku Berencana dengan menggunakan hasil analisis persekitaran belia dan kesepaduan sosial melalui instrumen pengukuran The Physical Activity Group Questionnaire (PAGEQ) oleh Estrabooks & Carron (2000). Analisis keseluruhan tahap kesepaduan sosial belia yang terlibat dengan program ARP ialah 63.4%. Manakala, analisis kajian kualitatif menunjukkan semakin banyak aktiviti kemasyarakatan dalam komponen ARP dilaksanakan, semakin tinggi tahap kesepaduan sosial belia. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tingkah laku dan aspek kesepaduan sosial dalam pembangunan potensi diri belia dapat dilihat melalui penyertaan atau penglibatan belia dalam program ARP di peringkat komuniti, pengiktirafan dan juga inklusi sosial. Dapatan kajian ini dijangka akan memberi implikasi yang penting dalam menggalakkan interaksi sosial di kalangan belia dan masyarakat selain memupuk keharmonian pelbagai kaum melalui aktiviti pembangunan potensi diri. Kerangka Model Integrasi Pembentukan Penandaarasan Program Pembangunan Potensi Diri telah dicadangkan bagi memberikan perkaitan hubungan kesepaduan sosial dalam masyarakat yang memfokus kepada pembentukan tingkah laku berdasarkan pelaksanaan aktiviti gaya hidup sebagai tapak integrasi. Tingkah laku yang positif akan meningkatkan tahap kesepaduan sosial dalam kalangan belia.