Lakuan bahasa mengenai peristiwa banjir dalam kalangan masyarakat di Kelantan, Malaysia

Lakuan bahasa merupakan satu bentuk pertuturan yang dihasilkan untuk membentuk tindakan dan berlainan daripada ayat serta tidak dapat dikaitkan dengan tahap nahu yang lain. Selain itu, lakuan bahasa hanya wujud dalam satu situasi komunikasi lazimnya yang terdapat dalam perbualan atau wacana. Bida...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohamad, Aswadi
格式: Thesis
语言:English
出版: 2018
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84652/1/FBMK%202019%2050%20-%20ir.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Lakuan bahasa merupakan satu bentuk pertuturan yang dihasilkan untuk membentuk tindakan dan berlainan daripada ayat serta tidak dapat dikaitkan dengan tahap nahu yang lain. Selain itu, lakuan bahasa hanya wujud dalam satu situasi komunikasi lazimnya yang terdapat dalam perbualan atau wacana. Bidang analisis perbualan atau analisis wacana dipilih sebagai focus kajian untuk menentukan keberkesanan penggunaan lakuan bahasa dalam analisis perbualan yang mempunyai fungsi komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara penutur dengan pendengar. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang dijalankan berpandukan Teori Lakuan Bahasa (TLB) yang di asaskan oleh Searle (1969). Kaedah temu bual, rakaman dan permerhatian digunakan untuk meneliti transkripsi video dalam kajian. Kajian ini berfokus kepada dua objektif utama, iaitu menganalisis jenis lakuan bahasa mengenai peristiwa banjir dalam kalangan masyarakat di Kelantan dan merumuskan jenis dan struktur lakuan bahasa mengenai peristiwa banjir dalam kalangan masyarakat di Kelantan. Data kajian diperolehi daripada peganalisisan lima buah video berkaitan dengan banjir di Manik Urai Kelantan iaitu yang bertajuk Tenggelamnya SMK Manik Urai#pascabanjir, video yang kedua bertajuk Salah seorang mangsa banjir di Kg Pahi, Kuala Krai, dan yang ketiga bertajuk Mangsa Terakhir di Kg Manik Urai#pascabanjir#pray4pantaitimur, video keempat yang bertajuk Majalah 3- Edisi Khas Banjir di Kelantan 2014-2015 dan video kelima yang bertajuk Tangisan di Manik Urai.