Hubungan antara pengetahuan pengguna Islam terhadap kewibawaan Jakim dan pola pencarian maklumat dalam talian dengan gelagat pembelian makanan halal

Pengembangan empayar industri makanan halal dunia menjadikan kajian terhadap industri ini sebagai keperluan yang mendesak. Di Malaysia, Fungsi JAKIM sebagai agensi penguatkuasa Akta Halal menuntut komunikasi berkesan di antara organisasi ini dengan masyarakat Islam yang pastinya s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Nur Ruqaiyah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84677/1/FBMK%202019%2039%20-%20irr.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengembangan empayar industri makanan halal dunia menjadikan kajian terhadap industri ini sebagai keperluan yang mendesak. Di Malaysia, Fungsi JAKIM sebagai agensi penguatkuasa Akta Halal menuntut komunikasi berkesan di antara organisasi ini dengan masyarakat Islam yang pastinya sensitif dengan isu berkaitan makanan halal. Menggunakan model kognitif (lanjutan) dan pembelian oleh Dodds, et al. (1991), penyelidik cuba melihat perkaitan di antara pembolehubah bebas iaitu pengetahuan pengguna Islam terhadap kewibawaan JAKIM dan pola pencarian maklumat secara dalam talian dengan pembolehubah bersandar iaitu gelagat pembelian pengguna Islam. Sebanyak 400 set borang soal selidik telah diedarkan kepada 400 orang responden yang dipilih secara persampelan mudah dalam kalangan pengunjung Pusat Membeli Belah Mid Valley dan Sunway Pyramid. Data kuantitatif ini kemudiannya dianalisis menggunakan ujian korelasi menerusi perisian SPSS. Kajian mendapati bahawa pengetahuan pengguna terhadap kewibawaan JAKIM mempengaruhi gelagat pembelian mereka. Pengguna juga turut menyatakan bahawa strategi komunikasi yang digunakan oleh JAKIM adalah tidak berkesan namun jenama Halal JAKIM masih diterima dalam kalangan pengguna Islam. Dapatan kajian juga menunjukkan kekerapan pencarian maklumat berkaitan produk makanan halal dalam kalangan pengguna Islam masih lagi dalam kadar sederhana.