Terjemahan kata kerja berkolokasi dengan partikel Jar dalam Juzuk 1 Kitab Baḥr Al-Mādhi
Kajian ini mengemukakan sebuah analisis makna konteks kolokasi kata kerja dan partikel jar dalam Juzuk 1 kitab Baḥr Al-Mādhi Syarḥ Mukhtaṣar Ṣaḥiḥ Al- Tirmidhī. Kolokasi kata kerja dan partikel jar yang dikaji adalah berdasarkan kerangka kajian yang telah dilaksanakan oleh Hassan Gha...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84691/1/FBMK%202019%2041%20-%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini mengemukakan sebuah analisis makna konteks kolokasi kata kerja dan partikel jar dalam
Juzuk 1 kitab Baḥr Al-Mādhi Syarḥ Mukhtaṣar Ṣaḥiḥ Al- Tirmidhī. Kolokasi kata kerja dan
partikel jar yang dikaji adalah berdasarkan kerangka kajian yang telah dilaksanakan oleh
Hassan Ghazala dalam Maqālaṯ fi al-Tarjamaṯ wa al-Uslubiyyaṯ. Analisis telah dijalankan
terhadap 129 teks hadis yang membicarakan permasalahan dalam ṭahāraṯ. Dalam mendapatkan padanan
makna yang tepat, beberapa pakar bahasa menganggap kolokasi menimbulkan masalah dalam
penterjemahan. Hal ini adalah disebabkan setiap bahasa yang berbeza mengkategorikan kolokasi
secara berbeza. Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kata kerja yang
berkolokasi dengan partikel jar, mengklasifikasi kolokasi kata kerja yang berpadanan
dengan partikel jar, dan seterusnya menjelaskan keadaan terjemahan makna kolokasi kata kerja yang
berpadanan dengan partikel jar berdasarkan teori konteks yang dipelopori oleh ahli antropologi
Inggeris, Bronislaw Malinowski. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan analisis
dokumen iaitu menganalisis kandungan teks hadis dari sudut kolokasinya. Analisis data
telah dilaksanakan dengan menerapkan kaedah kesahan dan kebolehpercayaan pakar terhadap data
yang dianalisis. Dapatan kajian membuktikan bahawa penerapan teori konteks dapat memberi
makna kepada kolokasi kata kerja dan partikel jar. Setiap konteks memainkan peranan
penting untuk menentukan dan menjelaskan makna dan maksud kolokasi kata kerja dan
partikel jar. Kajian ini diharapkan akan mencetuskan minat dan fokus yang mendalam terhadap
pentingnya makna konteks dalam memahami kolokasi Arab. |
---|