Wacana kritis kredibiliti kerajaan Malaysia dalam teks ucapan Belanjawan 2019

Satu unsur penting yang membentuk teks ucapan belanjawan adalah ciri linguistiknya. Oleh itu, teks ucapan Belanjawan 2019 dilihat sebagai wadah yang digunakan oleh Pakatan Harapan untuk membentangkan strateginya tersendiri bagi menggambarkan hala tuju pentadbiran kerajaan baharu pada...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abd Hamid, Muhammad Faizul
格式: Thesis
語言:English
出版: 2019
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84737/1/FBMK%202019%2046%20-%20ir.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Satu unsur penting yang membentuk teks ucapan belanjawan adalah ciri linguistiknya. Oleh itu, teks ucapan Belanjawan 2019 dilihat sebagai wadah yang digunakan oleh Pakatan Harapan untuk membentangkan strateginya tersendiri bagi menggambarkan hala tuju pentadbiran kerajaan baharu pada tahun yang akan datang, iaitu tahun 2019. Kajian ini turut berpandangan bahawa wacana belanjawan merupakan satu cara bahasa dimanifestasikan dalam “dunia nyata” oleh kerajaan untuk menonjolkan kredibiliti kepada khalayak. Oleh itu, bagi memahami kredibiliti yang terselindung di sebalik teks ucapan ini, taksonomi analisis wacana kritis Fairclough (2005, 2007, 2013) telah dijadikan pegangan. Teks ucapan Belanjawan 2019 dianalisis secara kualitatif berdasarkan tiga objektif utama iaitu (i) mengenal pasti ciri-ciri tekstual, (ii) menjelaskan amalan wacana dan (iii) menghuraikan praktis sosial yang tersembunyi di sebalik binaan ciri-ciri tekstual dan amalan wacana dalam teks ucapan Belanjawan 2019. Analisis dimensi tekstual menjurus kepada struktur generik, transitiviti dan modaliti. Manakala, analisis dimensi amalan wacana melibatkan interpretasi jenis interdiskursiviti dan intertekstualiti. Dimensi terakhir merupakan rumusan praktis sosial kredibiliti yang dipertalikan melalui ciri-ciri tekstual dan amalan wacana. Data yang dikaji merupakan teks Belanjawan 2019 berbahasa Melayu dan telah dimuat turun melalui portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) – http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub19.pdf. Dapatan kajian mendapati bahawa struktur generik teks yang dibina amat sesuai dengan fungsi ucapan Belanjawan 2019. Dominasi penggunaan transitiviti ayat aktif perbuatan dan modaliti secara langsung telah memperlihatkan bahawa pewacana ingin menonjolkan kredibiliti kerajaan yang diwakilinya dalam teks ucapan kepada khalayak. Selain itu, percampuran teks dengan teks-teks lain telah memperlihatkan gaya ucapan kerajaan yang telus dan tidak kontroversi. Kolaborasi beberapa jenis wacana lain juga telah menonjolkan hubungan dialektikal pewacana dengan khalayak. Akhir sekali, perkaitan antara ciri tekstual dan amalan wacana dala ncerminkan praktis sosial kerajaan yang berkredibiliti.