Tawsiyah dalam novel Mutakhir Hasanudin Md Isa

Tawsiyah bermaksud nasihat, cadangan atau saranan yang merupakan salah satu cabang penyebaran dakwah untuk membentuk keperibadian Muslim dalam kalangan masyarakat. Penyebaran dakwah dan konsep tawsiyah dalam novel Melayu semakin mendapat tempat dalam kalangan pengkarya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Darawi, Muhamad Amirul Asraf
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84738/1/FBMK%202019%2047%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tawsiyah bermaksud nasihat, cadangan atau saranan yang merupakan salah satu cabang penyebaran dakwah untuk membentuk keperibadian Muslim dalam kalangan masyarakat. Penyebaran dakwah dan konsep tawsiyah dalam novel Melayu semakin mendapat tempat dalam kalangan pengkarya. Namun, karya sastera ringan atau popular yang bersifat mesra dan menampilkan isu-isu yang dangkal mendapat tempat dalam kalangan pembaca. Justeru, tiga objektif kajian ini ialah mengenal pasti konsep dan bentuk tawsiyah dalam novel Hasanudin Md Isa, menganalisis novel menggunakan teori psikologi Islam dan menganalisis kesesuaian konsep tawsiyah dengan teori psikologi Islam dan novel-novel Hasanudin Md Isa. Kajian ini akan meneliti empat buah novel mutakhir Hasanudin Md Isa sebagai teks kajian dan menggunakan pendekatan psikologi Islam, satu cabang ilmu dalam Islam yang berhubung dengan aspek kejiwaan seterusnya membentuk kualiti diri seseorang individu dengan lebih sempurna dan lengkap. Ternyata analisis yang dilakukan terhadap konsep tawsiyah dalam novel mutakhir Hasanudin Md Isa memperlihatkan unsur nasihat telah diterapkan oleh pengarang dalam aspek akidah, akhlak dan ibadah seterusnya dijadikan panduan dalam mempertingkatkan nilai Islam dalam diri pembaca.