Kerancuan Bahasa Melayu pada papan tanda perniagaan di Peringgit, Melaka, Malaysia

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan mutakhir ini dilihat semakin goyah. Satu daripada faktor kegoyahan tersebut adalah disebabkan oleh penularan papan tanda perniagaan yang rancu dengan kepelbagaian penyalahgunaan dan kesalahan linguistik. Haki...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Awang Halim, Isbahudin
格式: Thesis
語言:English
出版: 2019
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84740/1/FBMK%202019%2049%20-%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan mutakhir ini dilihat semakin goyah. Satu daripada faktor kegoyahan tersebut adalah disebabkan oleh penularan papan tanda perniagaan yang rancu dengan kepelbagaian penyalahgunaan dan kesalahan linguistik. Hakikat inilah yang mendorong kajian ini dilaksanakan oleh penyelidik untuk menganalisis fenomena tersebut secara tuntas di Peringgit, Melaka. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti kerancuan bahasa, menganalisis kerancuan bahasa berdasarkan Analisis Kesalahan Berbahasa (Tarigan, 1984) dan akhirnya merumuskan kerancuan bahasa yang terdapat pada papan tanda perniagaan di Peringgit, Melaka. Domain kajian ini terbatas kepada tiga zon premis perniagaan utama di bandar Peringgit. Kajian ini dijalankan berdasarkan pendekatan kualitatif, iaitu proses pengumpulan data dilakukan melalui dua kaedah, iaitu kaedah kerja lapangan dan analisis kandungan. Pengkaji berada sendiri di lapangan untuk meninjau, merakam, merekod dan mencatat data. Penganalisisan data kajian ini dilakukan berdasarkan lima prosedur kerja yang ada di dalam teori Analisis Kesalahan Berbahasa (Tarigan, 1984), iaitu mengumpulkan data kesalahan, mengklasifikasikan kesalahan, memeringkatkan kesalahan, menjelaskan kesalahan dan membetulkan kesalahan. Dapatan kajian ini merumuskan bahawa terdapat 36 sampel kerancuan yang dikesan daripada 131 data yang dikumpulkan, merangkumi kesalahan pada aspek ejaan dan tanda baca (46.15%), morfologi (5.77%), sintaksis (44.23%) dan leksikon (3.85%). Justeru, kajian ini diharapkan mampu memartabatkan bahasa Kebangsaan terutamanya melalui pembangunan dan pengstrukturan semula papan tanda perniagaan yang lebih berkualiti, sekali gus mengukuhkan identiti negara yang telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.