I’jâz Bayani dan Ilmi berkaitan fenomena kiamat dalam al-Qur’an

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis i'jaz bayāni dan ilmi berkaitan fenomena kiamat dalam al-Qur’an yang mengandungi elemen ma’ani dalam menerangkan sesuatu maksud. Sesetengah fenomena kiamat dalam al-Qur’an boleh menimbulkan keraguan sekiranya diabaikan i’jaz bayāni dan i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nathir, Khairul Asyraf
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85373/1/FBMK%202020%2029%20-%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis i'jaz bayāni dan ilmi berkaitan fenomena kiamat dalam al-Qur’an yang mengandungi elemen ma’ani dalam menerangkan sesuatu maksud. Sesetengah fenomena kiamat dalam al-Qur’an boleh menimbulkan keraguan sekiranya diabaikan i’jaz bayāni dan ilmi di dalamnya. Oleh itu, sesuatu ayat berkaitan fenomena kiamat itu perlu diinterpretasikan maknanya dengan tepat. Kajian mendapati kegagalan memahami makna fenomena kiamat dalam al-Qur’an adalah disebabkan gagal memahami i’jaz bayāni dan ilmi di dalamnya. Objektif kajian adalah bertujuan mengenal pasti elemen i’jaz bayāni dan ilmi pada fenomena kiamat yang terdapat dalam al-Qur’an. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meneliti dan menjelaskan makna nahu, konteks dan tema yang melatari fenomena kiamat. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan ma’ani oleh Lāsyin (2009) dan teori Halliday’s Systemic Functional Linguistics (2004) sebagai asas kajian. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk meneliti teks secara tekstual dan kontekstual. Bahan kajian merupakan potongan ayat al-Qur’an yang terkandung padanya beberapa lafaz khusus yang menggambarkan fenomena kiamat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen ma’ani dalam fenomena kiamat berfungsi menjelaskan perkara abstrak seperti gambaran gegaran dan runtuhan untuk mendekatkan pemahamannya kepada pendengar. Selain itu, analisis dari sudut makna nahu mendapati terdapat penggunaan seperti fi’il mabniy lil majhul dan maṣdar. Dapatan juga menunjukkan bahawa fenomena kiamat dalam al- Qur’an menggunakan pelbagai elemen ma’ani seperti khabar, insya’, hazf dan zikr, taqdīm dan ta’khir, qasr, ijaz, iṭnāb dan musāwaṯ untuk mengetengahkan tema yang berkaitan dengan gegaran, kehancuran bumi dan gunung, pembelahan bumi, pergerakkan gunung dan penggantian bumi. Hasil kajian ini akan dimanfaatkan untuk membantu memahami fenomena kiamat dalam al-Qur’an dengan lebih jelas.