Hubungan antara strategi pengajaran guru, penglibatan pelajar dan sokongan sosial dengan kecekalan pelajar meneruskan pengajian dalam bidang sains pertanian di kolej vokasional, Malaysia

Dasar Pertanian Negara Pertama sehingga Ketiga (1984-2010) menyasarkan melalui bidang pertanian dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi negara sekaligus dapat bersaing di peringkat global (Dasar Pertanian Negara, 2010). Cabaran utama untuk merealisasikan dasar ini memerlukan tenaga kerja yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Nurul Farhana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85554/1/FPP%202019%2033%20UPM%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dasar Pertanian Negara Pertama sehingga Ketiga (1984-2010) menyasarkan melalui bidang pertanian dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi negara sekaligus dapat bersaing di peringkat global (Dasar Pertanian Negara, 2010). Cabaran utama untuk merealisasikan dasar ini memerlukan tenaga kerja yang mahir serta mempunyai latar belakang pertanian yang kukuh. Malangnya, peratusan pelajar yang memilih bidang ini sebagai kerjaya dan menjadikannya pilihan untuk menyambung pelajaran adalah sangat rendah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tahap kecekalan pelajar meneruskan pengajian dalam bidang Sains Pertanian berdasarkan aspek strategi pengajaran guru, penglibatan pelajar dan sokongan sosial yang diterima oleh pelajar. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah rekabentuk tinjauan. Data kajian diperolehi melalui instrumen soal selidik daripada 159 orang responden dari tiga buah Kolej Vokasional yang dipilih melalui teknik persampelan secara rawak. Data dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan. Selain itu, analisis inferensi menggunakan ujian-t tak bersandar untuk mengenalpasti perbezaan antara strategi pengajaran guru, pekali kolerasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara penglibatan pelajar, sokongan sosial dengan kecekalan pelajar untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sains Pertanian. Manakala, ujian regresi pelbagai digunakan untuk menentukan hubungan faktor pemboleh ubah peramal iaitu strategi pengajaran guru, penglibatan pelajar dan sokongan sosial dengan tahap kecekalan pelajar.