Kajian tahap kesedaran murid-murid sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengenai bahaya kebakaran
Kajian mengenai tahap kesedaran murid-murid sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijalankan di S.M.K. Bandar Tun Razak, Jalan Jaya dan S.M.K. Cheras, Jalan Tenteram, Kuala Lumpur. Oleh kerana tahap kesedaran terhadap bahaya kebakaran tidak dapat diukur sccara kuantitatif, ma...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
1998
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85563/1/FK%201998%2025%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian mengenai tahap kesedaran murid-murid sekolah menengah di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijalankan di S.M.K. Bandar Tun Razak,
Jalan Jaya dan S.M.K. Cheras, Jalan Tenteram, Kuala Lumpur. Oleh kerana tahap
kesedaran terhadap bahaya kebakaran tidak dapat diukur sccara kuantitatif, maka
beberapa petunjuk yang tertentu telah digunakan untuk mengkaji tahap kesedaran
murid-murid sekolah menengah mengenai bahaya kebakaran seperti jantina, tingkatan,
sekolah. kekerapan mengikuti 'fire drill' elan pengetahuan mengenai mengguna dan
mengetahui kedudukan alat-alat kebombaan yang terdapat di sekolah. Pengumpulan maklumat dan data diperolehi melalui soalselidik ke atas
responden dan juga lawatan ke sekolah-sekolah berkenaan. Seramai 132 orang
responden daripada dua buah sekolah telah dipilih yang terdiri daripada murid-murid
dari tingkatan dua dan lima. Analisis data dibuat dengan menggunakan kaedah
peratusan, carta frekuensi dan perbezaan ketara minima ( Least significant difference ).
Basil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungkait antara tahap kesedaran murid-murid
sekolah menengah di Kuala Lumpur mengenai bahaya kebakaran dengan
jantina, tingkatan, sekolah dan kekerapan mengikuti 'fire drill'. Kajian ini juga
menunjuk tahap kesedaran murid-murid sekolah menengah adalah tinggi iaitu melebihi
70%.
Beberapa cadangan yang perlu diambil tindakan oleh pihak Kementerian
Pendidikan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat demi meningkatkan lagi kesedaran
dan pengetahuan murid-murid sekolah menengah di Kuala Lumpur dan penekanan
adalah diberi kepada latihan kebakaran dan penyelanggaraan peralatan kebombaan
yang terdapat di sekolah-sekolah mengikut garis panduan yang diedarkan oleh
Kementerian Pendidikan. |
---|