Kesediaan Pasukan Hazmat Negeri Pulau Pinang menghadapi insiden bahan kimia berbahaya

Perkembangan kemajuan perindustrian di Negara ini telah menyebabkan peningkatan aktiviti- aktiviti penggunaan, penyimpanan, pemerosesan dan pengendalian bahan-bahan kimia berbahaya. Sehubungan dengan itu, tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat semakin mencabar se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sarbini, Md. Salleh
Format: Thesis
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85565/1/FK%201999%2046%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan kemajuan perindustrian di Negara ini telah menyebabkan peningkatan aktiviti- aktiviti penggunaan, penyimpanan, pemerosesan dan pengendalian bahan-bahan kimia berbahaya. Sehubungan dengan itu, tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat semakin mencabar serta menjadi bertambah rumit dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa, harta benda serta melindungi alam sekitar akibat daripada kesan insiden kemalangan yang melibatkan bahan-bahan kimia yang sentiasa berlaku. Pengawalan dari segi tatacara pengendalian, pembungkusan, pengangkutan serta penyimpanan dan penguatkuasaan undang-undang belum tentu dapat menghalang insiden kemalangan bahan-bahan kimia berbahaya dari terus berlaku. Adalah dengan ini, penubuhan Pasukan Hazmat ysng mempunyai ahli-ahli yang mahir serta mempunyai kelengkapan peralatan yang lengkap dengan persediaan yang rapi boleh bertindak dengan cekap dan berkesan bagi membendung insiden menjadi lebih buruk. Kajian yang dilaksankana ini akan dapat menilai sejauh mana kecekapan dan tahap kesediaan Pasukan Hazmat di Negeri Pulau Pinang.