Pelan Tindakan Kecemasan kebakaran bagi MTB dan CP KL International Airport (KLIA)

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menyediakan satu Pelan Tindakan Kecemasan (PTK) kebakaran yang sesuai bagi Bangunan Terminal Utama (Main Terminal Building - MTB) dan Pangkalan Perhubungan Penerbangan (Contact Pier - CP) di Lapangaan Terbang Antarabangsa K L (K L International Airport -...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yunus, Abd. Malik
Format: Thesis
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85569/1/FK%201999%2051%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menyediakan satu Pelan Tindakan Kecemasan (PTK) kebakaran yang sesuai bagi Bangunan Terminal Utama (Main Terminal Building - MTB) dan Pangkalan Perhubungan Penerbangan (Contact Pier - CP) di Lapangaan Terbang Antarabangsa K L (K L International Airport - KLlA). Sehubungan dengan itu kajian telah dibuat keatas beberapa PTK bangunan di dalam dan luar negara dan juga panduan penyediaan PTK dari badan kerajaan dan organisasi piawaian antarabangsa. Perbincangan dengan pegawai-pegawai KLiA dan kajian tapak juga diadakan bagi tujuan mengenalpasti sistem-sistem pencegahan kebakaran dan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Keputusan daripada kajian yang dijalankan, menghasilkan satu Pelan Tindakan Kecemasan Kebakaran yang ringkas dan sesuai diperaktikkan untuk bangunaan berkenaan dengan mengambil kira segala kemudahan yang terdapat di KLiA. Walaubagaimanapun, PTK yang dihasilkan perlulah diuji bagi mengetahui keberkesanannya dan perlu dianggap sebagai "living document" yang mana ianya perlu diubahsuai sejajar dengan perkembangan aktiviti yang terdapat dibangunan berkenan. Pada masa hadapan, adalah diharapkan agar PTK ini dapat diubahsuai bagi menggunakan kaedah "Incident Command System"(ICS) dengan lebih menyeluruh.