Penyediaan dan Pencirian Resin Poli (Asid N-Fenilhidroksamik) Dari Poli (Metil Akrilat-Divinilbenzena)

Penukar ion pengkelat poli(asid N-fenilhidroksamik) telah disediakan dari poli(metil akrilat) terangkai silang dengan divinilbenzena. Pofuner permulaan disediakan melalui pempofuneran ampaian yang menghasilkan zarah-zarah dalam bentuk manik. Pengubahan polimer ini kepada resin poli(asid N-fenilhi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Awang, Roila
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1995
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8593/1/FSAS_1995_2_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penukar ion pengkelat poli(asid N-fenilhidroksamik) telah disediakan dari poli(metil akrilat) terangkai silang dengan divinilbenzena. Pofuner permulaan disediakan melalui pempofuneran ampaian yang menghasilkan zarah-zarah dalam bentuk manik. Pengubahan polimer ini kepada resin poli(asid N-fenilhidroksamik) dibuat melalui tindakbalas dengan N-fenilhidroksilarnina di dalam larutan beratkali. Kesan parameter-parameter seperti nisbah N-fenilhidroksilamina terhadap polimer, tempoh masa tindakbalas, suhu dan kepekatan natrium hidroksida ke atas muatanmuatan hidrogen, kuprum(II) dan besi(III) resin telah juga dikaji. Keadaan optimum penyediaan adalah seperti berikut: suhu tindakbalas, 26.0-27.0°C; masa tindakbalas, 20.00 jam; kepekatan natrium hidroksida, 10.00M; pelarut, etanol-eter (2:1) dan nisbah N-fenilhidroksitamina-polimer, 1:1. Resin yang disediakan pada keadaan optimwn menuqjukkan muatan asid Nfeni1hidroksamik yang tinggi (2.41 mmol/g) dan kinetik yang baik (tl/l = 18.00 minit). Kepilihan resin ini tinggi terhadap ion-ion Au{III), Cu(II), Fe(III), Pb(II) dan Cr(III). Keluk muatan erapan melawan pH mencadangkan beberapa pemisahan ionion logam menggunakan penukar ion ini boleh dilakukan. Pengaruh beberapa eluen iaitu NaCl, CaCl₂, HCl dan NaOAC terhadap pengembangan atau pengecutan turns resin telah dikaji. Hasit kajian mencadangkan resin perlu dikondisi sewajarnya apabila digunakan di dalam turns untuk pemisahan dan pengekstrakan. Resin ini juga sesuai untuk pengekstrakan ion-ion Cu(II), Fe(III) dan Pb(II) dari larutan garam dan untuk mendapatkan semula ion Au(III) dari garam klorida.