Pengaruh Perubahan Kandungan Ion Logam (Cu2+, Fe3+, Ni2+ dan Zn2+) dan Mikrostruktur ke Atas Penumpas EMI Ferit Nizn

Perkembangan pesat teknologi dan penggunaan komunikasi elektronik dan komputer telah memberikan sumbangan besar kepada kehidupan manusia. Bagaimanpun perkembangan ini telah menghasilkan suatu bentuk interferens elektromagnet (EMI). Feritnikel zink adalah di antara bahan penumpas yang terbaik untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hari, Zolman
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1996
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8606/1/FSAS_1996_4_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan pesat teknologi dan penggunaan komunikasi elektronik dan komputer telah memberikan sumbangan besar kepada kehidupan manusia. Bagaimanpun perkembangan ini telah menghasilkan suatu bentuk interferens elektromagnet (EMI). Feritnikel zink adalah di antara bahan penumpas yang terbaik untuk menyerap gelombang EMI itu. Bagaimanapun, lebar jalur frekuensi serapannya adalah terhad sedangkan keperluan penumpasan EMI ini wujud bagi julat frekuensi yang amat lebar (KHz ke GHz). Dengan demikian projek ini bertujuan untuk: mengkaji bagaimana komposisi iaitu kandungan ion logam (Ni2+, Cu2+, Zn2+, dan Fe3+) dan mikrostruktur nikel zink ferit mempengaruhi eiri penumpasan EMI, terutamanya dari segi magnitud impedans penumpas dan kedudukan frekuensi resonannya.Dalam kajian ini metadologi dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu penyediaan bahan dan pencirian. Penyediaan bahan dilakukan dengan kaedah oksida yang melibatkan pensinteran lazim seramik.. Dalam kajian ini kesan memasukkan ion gantian Zn2+ dan Cu2+ ke dalam struktur ferit spinel menjadi keutamaan. Mula-mula disediakan sampel-sampel dengan penambahan ion Zn2+ dan pengurangan Ni2+ untuk melihat kesan gantian ini terhadap sifat magnetnya. Selepas itu, dengan cara yang sama, dikaji tiga kes lain yang masing-masingnya tertumpu kepada kesan penambahan ion Cu2+ dan pengurangan Ni2+ Zn2+ atau Fe3+. Bahagian yang kedua adalah pencirian bahan. Ia melibatkan pengukuran parameter mikrostruktur, sifat-sifat elektrik dan sifat-sifat magnet. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan frekuensi resonan serapan boleh dianjak naik atau turun bergantung pada komposisi dan mikrostruktur yang digunakan. Nilai maksima impedans juga boleh dikawal dengan komposisi. Kedua-dua aspek ini, iaitu nilai frekuensi resonans dan nilai impedans disekitamya, sangat penting bagi penumpas EMI kerana magnitud impedans dan julat frekuensinya mesti sesuai dengan keperluan penumpas EMI bagi sesuatu peranti.