Pembentukan Kaedah Pengesan Racun Makhluk Perosak Menggunakan Teknik Elektrod Enzim dan Enzim Imunoasai

Kaedah elektrod enzim dan kaedah enzirn imunoasai telah dibentuk untuk menganggarkan kepekatan racun rnakhluk perosak dalam pemonitoran alam sekitar. Enzim Asetilkolinesterase (AchE) dan Kolin Oksidase (ChO) yang disekatgerak pada rnernbran elektrod oksigen secara fizikal, taut silang dan pemeran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salam, Faridah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1996
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8616/1/FSAS_1996_17_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kaedah elektrod enzim dan kaedah enzirn imunoasai telah dibentuk untuk menganggarkan kepekatan racun rnakhluk perosak dalam pemonitoran alam sekitar. Enzim Asetilkolinesterase (AchE) dan Kolin Oksidase (ChO) yang disekatgerak pada rnernbran elektrod oksigen secara fizikal, taut silang dan pemerangkapan gelatin telah digunakan sebagai elektrod enzim. Sekatgerak enzim secara taut silang didapati paling sensitif untuk penentuan racun makhluk perosak. Racun Paration, Karbofuran dan asid 2,4-Dwiklorofenoksi asetik (2,4-D) telah digunakan untuk menguji darjah kesensitifan elektrod enzirn. Elektrod enzim dengan enzim yang disekatgerak secara taut silang menunjukkan separuh perencatan maksimum (I₅₀) bagi Paration ialah 0.00001 µg/L dan 0.0002 µg/L bagi Karbofuran. Tiada kesan perencatan bagi racun 2,4-D. Julat kepekatan racun yang boleh dikesan oleh elektrod enzim adalah 0.00001-0.0001 µg/L bagi Paration dan 0.00001-0.001µg/L bagi Karbofuran. 2-amino-2-(hidroksimetil)-1,3-propandiol (2- PAM) pada kepekatan 1 x 10-3M didapati sesuai digunakan sebagai bahan pengaktif bagi enzim pada elektrod yang telah didedahkan kepada racun makhluk perosak