Pengukuran Ketelusan Logam Emas dan Cecair Dengan Kaedah Resonans Plasmon Permukaan

Fenomena resonans plasmon permukaan telah banyak diaplikasikan sebagai sensor optik seperti sensor gas, sensor biologi, sensor kimia dan juga dalam pengukuran sifat-sifat optik bahan logam dan bahan dielektrik. Dalam projek ini, logam emas tulen (99.99%) dan logam aloi emas (750, 835 dan 916) dis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mokhtar, Rosmiza
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8644/1/FSAS_1998_7_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fenomena resonans plasmon permukaan telah banyak diaplikasikan sebagai sensor optik seperti sensor gas, sensor biologi, sensor kimia dan juga dalam pengukuran sifat-sifat optik bahan logam dan bahan dielektrik. Dalam projek ini, logam emas tulen (99.99%) dan logam aloi emas (750, 835 dan 916) disaput pada permukaan prisma 60° dalam bentuk saput tipis dengan menggunakan teknik pereikan dan teknik peruapan. Sampel eecair, emulsi dan serbuk yang digunakan sebagai bahan dielektrik, ditempatkan di dalam sel khas (isipadu=3.31 em³) dan diletakkan bersentuhan dengan saput tipis logam emas. Ujikaji dilakukan dengan mengukur keamatan keterpantulan optik dari sampel sebagai fungsi kepada sudut tuju untuk sempadan antaramuka logam dengan medium dielektrik. Ciri-ciri plasmon seperti sudut resonans, keterpantulan minimum dan keadaan resonans (ketajaman dan kelebaran plot) untuk sampel logam, cecair, emulsi dan serbuk dapat dicerap, berdasarkan kepada plot keterpantulan optik sebagai fungsi kepada sudut tuju. Dalam projek ini, penentuan nilai pemalar dielektrik, Er dan Ei untuk sampel-sampel logam, cecair, emulsi dan serbuk dilakukan dengan menggunakan kaedah penyesuaian data-data ujikaji dengan data-data teori (fitting). Dari hasil kajian, didapati logam emas sesuai digunakan sebagai medium aktif sensor optik menggunakan teknik pengukuran resonans plasmon permukaan. Pemalar optik, Er dan Ei untuk logam emas (99.99%) didapati tidak bergantung kepada ketebalan saput tipis logam emas, tetapi keterpantulan minimum di mana berlaku resonans plasmon permukaan didapati berubah dengan perubahan ketebalan pada julat antara 46. 17 nm dan 94.36 nm. Penggunaan teknik pensaputan yang berbeza (teknik percikan dan teknik peruapan) juga didapati mempengaruhi nilai keterpantulan minimum dan nilai pemalar optik, Er dan Ei. Apabila medium udara yang bersempadan dengan logam emas digantikan dengan medium cecair, emulsi atau serbuk, peranjakan sudut resonans, 8spp berlaku. Perkara yang sarna juga berlaku apabila peratusan kandungan etanol dalam air, kelengasan latex (%) dan peratusan air dalam larutan madu, diubah. Khusus untuk sampel latex, pengukuran resonans plasmon permukaan terhadap masa menunjukkan berlaku peranjakan sudut resonans, 8spp pada awal ujikaji, dan menjadi stabil selepas satu tempoh tertentu. Pengukuran resonans plasmon permukaan dalam ujikaji ini berjaya menunjukkan bahawa fenomena resonans plasmon permukaan boleh digunakan sebagai sensor optik dan boleh digunakan untuk menentukan pemalar optik logam, cecair, emulsi dan serbuk.