Kajian Terhadap Prestasi Penumpas EMI Ferit Mg-Zn dan Ni-Zn Pada Frekuensi Radio

Gangguan elektromagnet (EMI) merupakan salah satu daripada pencemaran gelombang yang mengganggu alat-alat elektronik untuk berfungsi dengan baik. Bahan penyerap gelombang EMI diperlukan untuk menyerap gangguan gelombang yang terhasil. Ferit merupakan bahan yang sangat baik dan sesuai untuk diguna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alias, Rosidah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8658/1/FSAS_1999_13_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gangguan elektromagnet (EMI) merupakan salah satu daripada pencemaran gelombang yang mengganggu alat-alat elektronik untuk berfungsi dengan baik. Bahan penyerap gelombang EMI diperlukan untuk menyerap gangguan gelombang yang terhasil. Ferit merupakan bahan yang sangat baik dan sesuai untuk digunakan sebagai penyerap gangguan EMI. Projek yang telah dilakukan ini telah mengkaji kesan penggunaan komposisi ferit yang berbeza berasaskan kepada Ni-Zn dan Mg-Zn terhadap sifat penyerapan bahan menggunakan sampel berbentuk toroid. Pemilihan komposisi tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan pelebaran jalur impedans dengan nilai impedans yang tinggi pada julat frekuensi < 100 MHz. Penggunaan Mg-Zn ferit pula adalah untuk mengurangkan kos pembuatan kerana MgO adalah di antara bahan mentah yang paling murah. Sebanyak tiga set sampel telah disediakan dalam projek ini. Analisis bahan yang dilakukan adalah terhadap kesan ketakisotropan magnet, parameter-parameter histeresis, keliangan dan saiz butir, kerintangan elektrik dan sifat-sifat intrinsik yang lain serta faktor-faktor ekstrinsik yang boleh mempengaruhi tahap penyerapan gangguan gelombang (EMI). Sifat bahan yang terpenting sekali yang perlu diperhatikan adalah impedans yang magnitud dan ciri frekuensinya sangat penting dalam menghasilkan ciri bahan penyerap yang berkualiti dan mampu menyerap banyak gangguan pada frekuensi berbeza yang terhasil daripada penjanaan isyarat harmonik. Butir-butir yang diperolehi melalui projek ini mempunyai saiz yang keeil dan tidak seragam. Saiz butir yang sedemikian memaksa dinding domain menyerap lebih banyak tenaga untuk membebaskan diri daripada kesan terpin pada sempadan butir. lni menghasilkan kehilangan tenaga yang tinggi, iaitu nilai Z yang tinggi diperolehi. Seeara tidak langsung, sifat penumpasan yang baik telah dapat dihasilkan. Akhirnya, projek yang telah dijalankan ini telah berjaya mencapai objektif yang dikehendaki iaitu untuk mendapatkan nilai Z yang tinggi dengan menggunakan sampel set 1. Sampel-sampel S1, S2, S3 dan S4 didapati memiliki nilai impedans yang melebihi nilai impedans sampel rujukan D28 dalam julat frekuensi 1 MHz ke 150 MHz.