Kepuasan Kerja Dalam Perancangan Strategik Sistem Maklumat Di Malaysia

Perancangan strategik sistem maklumat (SISP) telah menjadi bertambah penting bagi organisasi disebabkan oleh sumbangannya. SISP yang berkesan dapat membantu organisasi menggunakan sistem maklumat untuk melaksanakan strategi perniagaan, mencapai matlamat perniagaan dan kelebihan bersaing. Kepuasan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nadzir, Maslinda
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8666/1/FSKTM%202001%205UPM.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perancangan strategik sistem maklumat (SISP) telah menjadi bertambah penting bagi organisasi disebabkan oleh sumbangannya. SISP yang berkesan dapat membantu organisasi menggunakan sistem maklumat untuk melaksanakan strategi perniagaan, mencapai matlamat perniagaan dan kelebihan bersaing. Kepuasan perancang adalah merupakan salah satu ukuran kejayaan SISP. Kajian yang dijalankan ini adalah mengenai kepuasan ketja perancang yang terlibat dalam SISP. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan ketja dengan faktor latar belakang individu (pengalaman individu dalam SISP, pengetahuan dalam teknologi maklumat (IT) dan penglibatan dalam SISP) serta pengalaman organisasi dalam SISP. Selain itu, kajian turut mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan kerja dengan kualiti perancangan. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada responden yang dipilih dengan kaedah rawak berstratum. Data yang diperoleh dianalisa menggunakan program SPSS versi 7.5. Secara keseluruhannya, responden dalam kajian ini mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi. Namun begitu, faktor pengalaman individu dalam SISP dan pengalaman organisasi dalam SISP didapati tidak mempengaruhi tahap kepuasan kerja. Hanya tiga faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja iaitu faktor pengetahuan dalam IT, penglibatan dalam SISP dan kualiti perancangan. Akhirnya, satu model kepuasan kerja dan prototaip sistem kepuasan telah dihasilkan dari kajian ini.