Cerita rakyat kaum Bajau Semporna, Sabah : suatu analisis citra masyarakat
Kajian ini merupakan satu penyelidikan tentang cerita rakyat kaum Bajau di daerah Sempoma yang dianalisis dengan menggunakan Pendekatan Sosiologi. Sebanyak 15 buah cerita dijadikan sampel kajian dalam usaha untuk mengenali lebih jelas tentang pola-pola sosiologi yang merangkumi unsur sosial (dar...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8746/1/FBMK_1999_2_A.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini merupakan satu penyelidikan tentang cerita rakyat
kaum Bajau di daerah Sempoma yang dianalisis dengan menggunakan
Pendekatan Sosiologi. Sebanyak 15 buah cerita dijadikan sampel kajian
dalam usaha untuk mengenali lebih jelas tentang pola-pola sosiologi yang
merangkumi unsur sosial (dari aspek kepercayaan, peketjaan, penggunaan
masa, tingkah laku, keselamatan awam, pemikiran, moral, keluarga, citacita,
persekitaran, agama dan lain-lain), unsur politik dan unsur ekonomi
kaum Bajau.
Semua bahan dan maklumat dalam kajian ini diperolehi daripada informan pelbagai golongan. 15 buah cerita daripada 6 orang
informan atau pencerita dan maklumat tentang latar belakang kaum Bajau
serta penduduk Sabah daripada tokoh-tokoh sejarah tempatan, individu
tertentu dan pengalaman pengkaji sendiri sebagai anggota masyarakat
kaum Bajau di Semporna, selain kaedah kepustakaan dipelbagai tempat.
Kaedah penganalisisan menggunakan teori Alan Swingewood (1972),
seorang peneliti ilmu sosiologi dalarn sastera.
Dapatan kajian menunjukkan masyarakat kaum Bajau
memiliki ciri-ciri masyarakat yang sarna dengan bangsa Melayu yang \lain
dan menjelaskan bahawa kaum Bajau adalah berbangsa Melayu Jati.
Mereka merupakan sebahagian bangsa Melayu yang kini berada di seluruh
Kepulauan Melayu. (Semenanjung Malaysia, Kepulauan Indonesia,
Selatan Thai, Singapura, Brunei Darussalam, Kepulauan Borneo dan
Kepulauan Filipina). Persarnaan asal usul kaum Bajau dengan bangsa
Melayu merangkumi sastera tradisi lisannya lebih meyakinkan apabila
meneliti hasil kajian ini. |
---|