Pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak Melayu

Kajian ilmiah ini dijalankan dengan tujuan mengenalpasti perkembangan pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak Melayu. Kajian ini melihat pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak Melayu pada setiap pemeringkatan USIa. Pemerhatian dilakukan ke atas 32 orang kanak-kanak bangsa Melayu yang men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Subramaniam, Vijayaletchumy
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8751/1/FBMK_2000_5%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ilmiah ini dijalankan dengan tujuan mengenalpasti perkembangan pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak Melayu. Kajian ini melihat pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak Melayu pada setiap pemeringkatan USIa. Pemerhatian dilakukan ke atas 32 orang kanak-kanak bangsa Melayu yang mencakupi empat tahap pemeringkatan pemerolehan bahasa. Tempat kajian kanakkanak tersebut ialah di Taman Asuhan Kanak-kanak Mardi, Serdang. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian ke atas aspek-aspek pemerolehan dan kecekapan berbahasa kanak-kanak. Bahan-bahan berupa gambar digunakan untuk aktiviti bercerita yang bertujuan merangsang kanak-kanak bertutur. Ujaran kanak-kanak ini dirakam dan dianalisis oleh penyelidik. Dapatan daripada pemerhatian tersebut adalah hasil daripada proses seperti temubual yang berlaku secara dirancang dan tidak dirancang. Kanak-kanak sudah dapat menguasai aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis pada peringkat menjelang tatabahasa dewasa dan peringkat kecekapan penuh. Manakala pada peringkat awal pemerolehan bahasa yang melibatkan kanak-kanak 0:5 bulan hingga 5:0 tahun, didapati kanak-kanak tersebut dapat mengujarkan peraturan bahasa dalam bahasa Melayu dengan mudah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kecekapan kanak-kanak menguasai kata nama adalah berdasarkan kepada kata yang selalu di gunakan di rumah. Kanak-kanak hanya akan menggunakan kata yang mudah dan ketara daripada pemerhatian mereka. Pemerolehan kata nama kanak-kanak tidaklah berlaku secara sewenang-wenangnya. Dalam proses pemerolehan ini, kanak-kanak selalu menggunakan strategi simplifikasi( permudahan) bagi menggambarkan makna yang telah mereka kuasai. Kajian ini turut mencadangkan beberapa perkara penting yang merangkumi aspek-aspek pembelajaran kanak-kanak di peringkat prasekolah, dan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa sewaktu kanak-kanak berada di peringkat awal pemerolehan bahasa. Sesungguhnya semua pihak yang terlibat dalam pendidikan adalah bertanggungjawab untuk memperkembangkan potensi diri kanak-kanak dalam kecekapan bahasa. Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kajian merupakan cadangan untuk para guru, ibu bapa dan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pendidikan prasekolah, iaitu penggubal sukatan pelajaran dan penerbit buku. Semua pihak adalah bertanggungjawab dalam memberi perhatian dan rangsangan kepada kanak-kanak untuk memastikan tahap penguasaan bahasa mereka terus berkembang selaras dengan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak.