Kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko di luar bandar

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga yang berisiko di luar bandar. Selain itu, kajian ini menentukan perkaitan di antara ciri sosioekonomi dan faktor latarbelakang perkahwinan dengan kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibu...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Omar, Noralina
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 2001
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8774/1/FEM_2001_3%20IR.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga yang berisiko di luar bandar. Selain itu, kajian ini menentukan perkaitan di antara ciri sosioekonomi dan faktor latarbelakang perkahwinan dengan kualiti perkahwinan dan tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko. Perkaitan di antara kualiti perkahwinan dengan kualiti tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga tersebut telah juga dianalisis dalam kajian ini. Sampel kajian ini terdiri daripada 420 isteri berbangsa Melayu yang menetap di kawasan luar bandar daerah terpilih di 4 buah negeri (Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor). Sampel dipilih secara rawak dan maklumat dikumpulkan menggunakan borang soal selidik, di mana responden telah ditemubual secara bersemuka. KuaHti perkahwinan diukur dengan menggunakan Kansas Marital Satisfaction Scale (Schumm, 1986) yang telah diubahsuai (Rumaya, 1997) untuk aspek kepuasan, Marital Problem Questionnaire (Douglass & Douglass, 1995) untuk aspek masalah perkahwinan dan Conflict Tactic Scales (Straus, 1979) untuk aspek kemahiran mengendali konflik. Kualiti tingkahlaku keibubapaan pula diukur dengan menggunakan Parental Questionnaire (Lempers, Clark-Lempers & Simons, 1989).