Kualiti tingkahlaku keibubapaan dan penyesuaian tingkahlaku anak dalam keluarga berisiko di luar bandar

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara faktor latarbelakang keluarga (pendidikan ibu, pendapatan keluarga dan bilangan anak) dan kualiti tingkahlaku keibubapaan dengan penyesuaian tingkahlaku anak (resiliensi, estim diri dan pencapaian akadernik) dalam keluarga berisiko. Teknik...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Arshat, Zarinah
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2001
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8776/1/FEM_2001_4%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara faktor latarbelakang keluarga (pendidikan ibu, pendapatan keluarga dan bilangan anak) dan kualiti tingkahlaku keibubapaan dengan penyesuaian tingkahlaku anak (resiliensi, estim diri dan pencapaian akadernik) dalam keluarga berisiko. Teknik persarnpelan rawak mudah telah digunakan untuk rnengenalpasti sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada 201 pasangan ibu-anak berbangsa Melayu yang tinggal di luar bandar negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor. Responden ibu dan anak telah ditemubual secara bersemuka oleh enumerator yang terlatih dengan menggunakan borang soal selidik. Kualiti tingkahlaku keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Supportive Parenting' oleh Simons et al. (1992). Tahap resiliensi anak pula diukur menggunakan skala 'Resiliency A ttitudes Scales' oleh Bischoe dan Harris (1994). Tahap estim diri anak diukur berdasarkan 'Hare Self-Esteem Scale ' (Hare, 1985). Pencapaian akademik anak diukur berdasarkan skor lima matapelajaran terpilih: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Agama Islam. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhannya, kualiti tingkahlaku keibubapaan dan tahap penyesuaian tingkahlaku anak adalah rendah. Lebih daripada separuh (55.2%) responden ibu mempunyai kualiti tingkahlaku keibubapaan yang rendah. Hampir separuh responden anak pula mempunyai tahap estim diri (49.8%) dan pencapaian akademik (42.3%) yang rendah. Manakala lebih daripada separuh (55.7%) responden anak mempunyai tahap resiliensi yang rendah.