Daerah istimewa Aceh sebagai Serambi Mekah

Kajian ini secara objektifnya akan menyingkap dua status yang telah diberikan kepada Propinsi (negeri) Aceh iaitu Daerah Istimewa dan Serambi Mekah. Kedua-dua status ini telah dinobatkan kerana wujudnya keistimewaan tersendiri yang dimiliki oleh negeri tersebut. Jesteru, kajian ini telah memberik...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Yusoff, Mohd Zailani
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 2001
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8778/1/FEM_2001_7%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini secara objektifnya akan menyingkap dua status yang telah diberikan kepada Propinsi (negeri) Aceh iaitu Daerah Istimewa dan Serambi Mekah. Kedua-dua status ini telah dinobatkan kerana wujudnya keistimewaan tersendiri yang dimiliki oleh negeri tersebut. Jesteru, kajian ini telah memberikan tumpuan kepada latar belakang penerimaan dan perkembangan Islam di Nusantara dengan menfokuskan peranan Aceh sebagai pusat penyebaran Islam. Selain itu, proses perkembangan ilmu pengetahuan juga turut diberi perhatian dalam kajian ini lantaran ianya menjadi pemangkin kepada proses anjakan paradigma masyarakat Islam di alam Melayu. Fenomena inilah yang melonjakkan kedudukan Aceh sehingga dimartabatkan sebagai Serambi Mekah. Tidak dipinggirkan, aspek sejarah juga turnt diberi perhatian dalam kajian ini. Fokus utama yang dilakukan dengan melihat faktor-faktor berlakunya Gerakan Darnl Islam, fenomenanya dan strategi pemerintah untuk menangani pergolakan yang berlaku serta pengisian-pengisian yang dilakukan oleh Pemerintah Aceh dalam usaha mereka untuk merealisasikan gelaran Aceh sebagai Propinsi Daerah Istimewa Aceh. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah berjaya mengenengahkan beberapa perkara berikut sebagai intipati kajian. Pertama, wujudnya proses jaringan ulama di antara Aceh-Mekah telah berjaya membentuk sebuah tamadun Islam khususnya dalam menguasai pemikiran masyarakat di alam Melayu. Kedua, wujudnya pengaruh Islam dalam bidang politik, kesusasteraan tasawuf dan pendidikan telah menjadi pemangkin kepada perkembangan Islam yang dilakukan oleh kerajaankerajaan Islam di Aceh ke atas wilayah-wilayah kekuasaannya. Ketiga, kesan peninggalan naskah-naskah kuno adalah menjadi bukti telah wujudnya konsep integrasi pendidikan di antara Mekah-Aceh. Ianya juga telah menunjukkan bahawa dengan kekuatan pemikiran para ulama Mekah sedikit sebanyak telah menjadi motivasi kepada usaha-usaha penyebaran Islam di Nusantara. Keempat, realitinya, gelaran Daerah Istimewa Aceh tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan gelaran Serambi Mekah. Namun begitu, gelaran Daerah Istimewa Aceh hanyalah satu helah politik pemerintah Republik Indonesia dalam usaha untuk mengaburi pemikiran masyarakat Aceh sematamata untuk menghalang Aceh menuntut kemerdekaan daripada pemerintah tersebut. Kelima, strategi pengisian oleh pihak-pihak berwajib seperti menubuhkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), Lembaga Adat dan Kebudayaan Aceh (LAKA) dan MajIis Pendidikan Daeran (MPD) sedikit sebanyak telah merealisasikan gelaran Daerah Istimewa Aceh. Seungguhpun demikian, semua ini adalah bersifat sementara kerana pengiktirafan tersebut tidak mempunyai apa-apa makna menurut persepsi masyarakat Aceh.