Perkaitan di antara sokongan sosial dan interaksi keluarga dengan kefungsian keluarga berisiko

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara latarbelakang ibu (umur, jumlah tahun pendidikan, status pekerjaan, jumlah pendapatan bulanan keluarga dan bilangan anak), sokongan sosial dan interaksi keluarga (kualiti perkahwinan dan kualiti tingkahlaku keibubapaan) dengan kefungsian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Haidin, Normadiniatul Shida
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8782/1/FEM_2002_5%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara latarbelakang ibu (umur, jumlah tahun pendidikan, status pekerjaan, jumlah pendapatan bulanan keluarga dan bilangan anak), sokongan sosial dan interaksi keluarga (kualiti perkahwinan dan kualiti tingkahlaku keibubapaan) dengan kefungsian keluarga berisiko. Sampel (N=115) ibu yang mempunyai anak remaja resilien merupakan subsampel kajian 'Ekologi Keluarga Berisiko: Proses Interaksi dan Perkembangan Resiliensi Anak' (Rumaya, Rozumah & Rojanah, 2000) yang dibiayai oleh IRP A (Intensification of Research in Priority Areas). Data telah dikumpulkan secara temubual bersemuka berpandukan borang soal-selidik. Sokongan sosial yang diterima oleh respond en telah diukur menggunakan I Social Support Questionnaire (Shoriform), (Sarason, Sarason, Shearin & Pierce, 1987). Kepuasan perkahwinan responden telah diperolehi menggunakan Kansas Marital Satisfaction Scale (Schumm, 1986) yang telah diubahsuai (Rumaya, 1997), manakala pengurusan konflik telah diukur menggunakan Conflict Tactic Scales (CTS) (Straus, 1979). Parent's Report (Dibble & Cohen, 1974) telah digunakan untuk mengenalpasti kualiti tingkahlaku keibubapaan. Kefungsian keluarga pula telah diukur menggunakan Family Assessment Del,ice (FAD) (Epstein, Baldwin & Bishop, 1983). Soalan terbuka turut dikemukakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas bagi setiap variabel tumpuan.