Pembuatan keputusan di kalangan usahawan wanita yang terlibat dalam perusahaan mikro

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pembuatan keputusan di kalangan usahawan wanita luar bandar dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalarn pengurusan pendapatan keluarga dan pengurusan perusahaan mikro. Lokasi kajian yang telah dipilih secara persarnpelan bertujuan adala...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Jamaluddin, Askiah
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 2002
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8784/1/FEM_2002_7%20IR.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pembuatan keputusan di kalangan usahawan wanita luar bandar dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalarn pengurusan pendapatan keluarga dan pengurusan perusahaan mikro. Lokasi kajian yang telah dipilih secara persarnpelan bertujuan adalah negeri Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Pemilihan responden adalah secara persarnpelan bertujuan dan kaedah temubual secara bersemuka telah dilakukan selarna tiga bulan dan 127 usahawan wanita berjaya ditemubual. Hanya 53 (42%) suami usahawan wanita yang terlibat sarna dalam perusahaan mikro. Hasil kajian ini mendapati usahawan wanita adalah pembuat keputusan dalarn keluarga dan juga dalam perusahaannya. Ini kerana majoriti usahawan wanita dalam kajian ini mempunyai sumber ekonomi (pendidikan dan pendapatan) yang lebih baik berbanding suami mereka. Hasil kajian ini menunjukkan seramai 48.1% usahawan wanita dan hanya 35.5% suami mereka yang mempunyai pendidikan peringkat menengah. Pendapatan hasil daripada perusahaan yang dijalankan oleh usahawan wanita juga didapati adalah lebih tinggi daripada pendapatan daripada pekerjaan utama suami.