Pembuatan keputusan di kalangan usahawan wanita yang terlibat dalam perusahaan mikro

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pembuatan keputusan di kalangan usahawan wanita luar bandar dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalarn pengurusan pendapatan keluarga dan pengurusan perusahaan mikro. Lokasi kajian yang telah dipilih secara persarnpelan bertujuan adala...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Jamaluddin, Askiah
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2002
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8784/1/FEM_2002_7%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pembuatan keputusan di kalangan usahawan wanita luar bandar dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalarn pengurusan pendapatan keluarga dan pengurusan perusahaan mikro. Lokasi kajian yang telah dipilih secara persarnpelan bertujuan adalah negeri Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Pemilihan responden adalah secara persarnpelan bertujuan dan kaedah temubual secara bersemuka telah dilakukan selarna tiga bulan dan 127 usahawan wanita berjaya ditemubual. Hanya 53 (42%) suami usahawan wanita yang terlibat sarna dalam perusahaan mikro. Hasil kajian ini mendapati usahawan wanita adalah pembuat keputusan dalarn keluarga dan juga dalam perusahaannya. Ini kerana majoriti usahawan wanita dalam kajian ini mempunyai sumber ekonomi (pendidikan dan pendapatan) yang lebih baik berbanding suami mereka. Hasil kajian ini menunjukkan seramai 48.1% usahawan wanita dan hanya 35.5% suami mereka yang mempunyai pendidikan peringkat menengah. Pendapatan hasil daripada perusahaan yang dijalankan oleh usahawan wanita juga didapati adalah lebih tinggi daripada pendapatan daripada pekerjaan utama suami.