Prediktor kefungsian keluarga berisiko yang mempunyai anak remaja resilien

Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor penyumbang unik kefungsian keluarga berisiko yang mempunyai anak remaja (11-18 tahun) resilien. Responden (n=115) merupakan subsampel ibu kepada remaja (berusia 11 hingga 18 tahun) resilien daripada kajian IRPA (Intensification Research for Priority Ar...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Hamsan, Hanina Halimatusaadiah
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2002
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8786/1/FEM_2002_8%20IR.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor penyumbang unik kefungsian keluarga berisiko yang mempunyai anak remaja (11-18 tahun) resilien. Responden (n=115) merupakan subsampel ibu kepada remaja (berusia 11 hingga 18 tahun) resilien daripada kajian IRPA (Intensification Research for Priority Areas) bertajuk 'Ekologi Keluarga Berisiko: Proses Interaksi dan Perkembangan Resiliensi Anak' (Rumaya, Rozumah & Rojanah, 2000). Lokasi kajian adalah beberapa buah daerah di negen Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah. Data telah dikumpulkan secara temubual bersemuka menggunakan borang soal selidik. Kefungsian keluarga telah diukur menggunakan 'Family Assesment Device' (Epstein, Baldwin dan Bishop, 1983). Kualiti tingkahlaku keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Parent's Report' (Dibble dan Cohen, 1974) yang telah diadaptasi oleh pengkaji mengikut kesesuaian budaya tempatan. Kualiti perkahwinan ibu pula diukur menggunakan dua skala iaitu 'Kansas Marital Satisfaction Scale' (Schumm, 1986; Rumaya, 1997) dan 'Conflict Tactic Scale' (CTS) oleh Straus (1979).