Prediktor kefungsian keluarga berisiko yang mempunyai anak remaja resilien

Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor penyumbang unik kefungsian keluarga berisiko yang mempunyai anak remaja (11-18 tahun) resilien. Responden (n=115) merupakan subsampel ibu kepada remaja (berusia 11 hingga 18 tahun) resilien daripada kajian IRPA (Intensification Research for Priority Ar...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hamsan, Hanina Halimatusaadiah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2002
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8786/1/FEM_2002_8%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor penyumbang unik kefungsian keluarga berisiko yang mempunyai anak remaja (11-18 tahun) resilien. Responden (n=115) merupakan subsampel ibu kepada remaja (berusia 11 hingga 18 tahun) resilien daripada kajian IRPA (Intensification Research for Priority Areas) bertajuk 'Ekologi Keluarga Berisiko: Proses Interaksi dan Perkembangan Resiliensi Anak' (Rumaya, Rozumah & Rojanah, 2000). Lokasi kajian adalah beberapa buah daerah di negen Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah. Data telah dikumpulkan secara temubual bersemuka menggunakan borang soal selidik. Kefungsian keluarga telah diukur menggunakan 'Family Assesment Device' (Epstein, Baldwin dan Bishop, 1983). Kualiti tingkahlaku keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Parent's Report' (Dibble dan Cohen, 1974) yang telah diadaptasi oleh pengkaji mengikut kesesuaian budaya tempatan. Kualiti perkahwinan ibu pula diukur menggunakan dua skala iaitu 'Kansas Marital Satisfaction Scale' (Schumm, 1986; Rumaya, 1997) dan 'Conflict Tactic Scale' (CTS) oleh Straus (1979).