Tingkah laku dan gaya kepimpinan pemimpin akademik wanita di sebuah universiti awam
Penyelidikan yang merupakan satu kajian kes berasaskan kaedah kualitatif ini bertujuan mengenal pasti dan memerihalkan tingkah laku dan gaya kepimpinan pemimpin akademik wanita di sebuah universiti awam tempatan. Penekanan juga diberikan kepada pengaruh situasi dan peranan organisasi ke atas ting...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8791/1/FEM_2004_4%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan yang merupakan satu kajian kes berasaskan kaedah kualitatif ini
bertujuan mengenal pasti dan memerihalkan tingkah laku dan gaya kepimpinan
pemimpin akademik wanita di sebuah universiti awam tempatan. Penekanan
juga diberikan kepada pengaruh situasi dan peranan organisasi ke atas tingkah
laku dan gaya kepimpinan tersebut.
Data berasaskan tujuh orang peserta, telah dikumpulkan melalui teknik
pemerhatian, temu bual mendalam dan juga analisis dokumen. Penyelidik telah
melakukan pemerhatian dalam latar sebenar bagi melihat interaksi setiap
peserta dengan rakan setugas, subordinat dan juga superordinat. Peserta juga
telah ditemu bual untuk mengetahui bagaimana persepsi mereka mengenai
tingkah laku dan peranan yang mereka mainkan.
Kesimpulan kajian adalah (1) kesemua pemimpin mempamerkan tingkah laku
yang berbagai-bagai tetapi terdapat tujuh tingkah laku yang lebih kerap
ditunjukkan; (2) tingkah laku kepimpinan yang di pamerkan boleh jadi
berfokuskan tugas, berfokuskan pengikut dan berfokuskan tugas dan pengikut
bergantung pada situasi. Tingkah laku kepimpinan seperti ini adalah tidak terhad kepada interaksi dengan subord inat sahaja; (3) kebiasaannya tingkah laku
meminta pendapat dan mendelegasikan kerja d ikhaskan dengan subordinat
yang d ianggap mempunyai kematangan iaitu yang berpengalaman,
berpengetahuan dan bersedia untuk turut serta dalam proses membuat
keputusan; (4) tingkah laku kepimpinan yang d ipamerkan adalah sering
berkaitan dengan tingkah laku kepimpinan yang lain ;(5) analisis mengenai
tingkah laku dan gaya kepimpinan adalah tidak lengkap dengan hanya
mengenal pasti tingkah laku sahaja kerana komponen penting yang
mempengaruhi tingkah laku adalah faktor situasi; (6) faktor situasi yang paling
mempengaruhi tingkah laku kepimpinan adalah yang berkaitan dengan
manusia; (7) walaupun peserta memainkan peranan yang sama, tidak
semestinya mereka menunjukkan tingkah laku yang sama, faktor situasi yang
menentukan tingkah laku dan gaya kepimpinan; dan (8) faktor situasi lebih
mempengaruhi tingkah laku dan gaya kepimpinan berbanding dengan faktor
gender.
Berasaskan penyelidikan yang telah dilakukan, penyelidik telah mengenal pasti
sembilan implikasi praktikal yang boleh dijadikan panduan oleh pemimpin
akademik wanita. |
---|