Pengajaran kesusasteraan Melayu: satu kajian mengenai permasalahannya di peringkat tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah kebangsaan

Objektif kajian ini ialah untuk melihat permasalahan dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan. Sebanyak 22 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Sembilan dan sebanyak 108 orang guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu di sekolah-sekolah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salleh, Ibrahim
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1985
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8843/1/FPP_1985_1%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif kajian ini ialah untuk melihat permasalahan dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan. Sebanyak 22 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Sembilan dan sebanyak 108 orang guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu di sekolah-sekolah itu terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan kerana masalah pengajaran Kesusasteraan Melayu, terutama dari segi objektif pengajaran, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan serta sikap guru masih lagi wujud walaupun mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah lama diperkenalkan. Data-data telah dikumpulkan menerusi soal selidik, temuduga berstruktur dan pemerhatian. Data-data tersebut telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil yang didapati ialah guru-guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan itu tidak jelas mengenai objektif pengajaran Kesusasteraan Melayu yang sebenarnya. Mereka juga tidak jelas mengenai makna istilah pendekatan, kaedah dan teknik serta tidak dapat membezakan istilah-istilah tersebut. Guruguru Kesus asteraan Melayu juga didapati mengabaikan aspek pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan. Bahan-bahan yang dipilih dan digunakan itu adalah terdiri daripada bahan-bahan yang mudah dipero lehi dan tidak terjamin kebolehpercayaannya seperti buku-buku ulasan teks dan siri buku panduan lulus peperiksaan.